Menamatkan kemarau 44 tahun EURO setelah muncul juara EURO 2008 dengan penuh bergaya.Fernando Torres menobatkan Sepanyol dengan gol yang menewaskan Philipp Lahm dan Jens Lehmann.
Kejohanan Bolasepak Eropah yang menghimpunkan bintang-bintang bolasepak eropah untuk memenangi Piala ‘Henri Delaunay’. Piala kemenangan penting di Eropah bagi menobatkan juara Eropah untuk tempoh 4 tahun sekali.
Merupakan salah sebuah pusat pemerintahan Islam di tahap kedua zaman kerajaan Umayyah, yang di asaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil. Cordova muncul sebagai pusat pemerintahan dan keilmuan Islam yang cukup gah di zaman Umayyah.
Semua orang tahu, fakta tentang Sepanyol dan EURO terutamanya selepas kemenangan Sepanyol mengalahkan Jerman 1-0. Namun, fakta tentang Cordova @ Cordoba, jarang di ketahui bahkan mungkin ramai yang tidak tahu Cordova terletaknya di Sepanyol!
Sejarah menukilkan kegemilangan Sepanyol (baca: Cordova) seiring dengan perkembangan Baghdad, Pulau Sicily (Itali), dan juga lokaliti lain di zaman pemerintahan Islam. Tapi cukupkah dengan sejarah itu dikenang-kenang semata? Sejarah tinggal kenangan, namun kenangan yang kembali dibangkitkan akan menjadi titik mula sejarah bagi generasi depan. Zaman Cordova sebagai pusat pemerintahan dan pusat perkembangan ilmu kini hampir pasti tidak realiti. Namun, sejarah itu wajar diperhalusi untuk kita bina kembali Cordova ke 2 dengan lebih kukuh di masa depan. Realiti atau fantasi?
Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya. (Al-Baqarah 269)
Baca juga :
Tertarik saya pada entry rakan saya, Shinobi D. Awan berkenaan Sejarah Dua Tamadun : Sorakan Emosi EURO – satu pandangan dari sisi sejarah.
Baca juga , tentang harapan – Islam : Dulu, Kini dan Esok
Ustaz ana pernah menyentuh tentang sejarah Sepanyol dalam kelas 2torial aqidah islamiyyah….
Di antara perkara y kita xketahui ialah kerajaan Islam Sepanyol pada masa itu tersangat kaya sehinggakan orang2 Islam tika itu mampu membayar ‘upah’ bg jaminan utk mereka tidak diserang kepada tentera salib.(ana xingat berapa dinar upahnya,tp ‘nilai’nya amat besar & bayaran y dibayar adalah setiap hari,tmbh lg setiap org mampu membayarnya)….
pada msa itu,mmg xdinafikan org Islam adlh gol y sangat intelektual…..
tp amat sayang,disebabkan kurangnya semangat ‘jihad’,maka tiada gol y mau menjadi tentera….
disebabkan terlalu nk menjaga keselamatan diri,org Islam pada masa itu sanggup menunaikan permintaan tentera Salib agar menyerahkan anak gadis mereka kepada tentera salib….pada masa itulah,jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol…
betapa lemahnya semngat jihad walaupun org Islam tika itu sudah mencapai ketamadunan y tinggi….
ada lg ustaz ana citer,tp ana xingat…
ni blog ustaz ana,http://www.benmokhtar.com/
buleh ah tanya dia klu nk tau lebih lanjut coz dia kata ari2,dlm ms beberapa bulan nnti,dia akn kuarkan buku psl Sejarah Islam di Sepanyol…
dia kata,mungkin dia akn kuarkan dlm bntuk komik…
ustaz ana nie lecturer kat KUIS,dia mengajar syariah kat sana,….memang dia pakar rujuk la dlm bab2 hukum,bak kata abe bai…
waallahualam…
Betul posh, jihad= bersungguh/itqan adalah menjadi sma ada kekuatan atau kelemahan ummah. Kuat semangat dan ruh jihad, kuatlah ummah. Lemah ruh jihad,lemahlah umat. Sama-sama kita pelajari dari pengalaman silam..
Umat Islam tidak akan
terjatuhdijatuhkan dilubang yg sama twice (dua kali)!!