Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Saya Mahasiswa UTEM

Artikel ini saya nukilkan atas permintaan adinda saya di UTEM, tentang siapa saya di UTEM? Disasar kepada mahasiswa yang baru melangkah ke menara gading. Artikel umum untuk tatapan adinda para penuntut di semua menara gading.Moga bermanfaat.

SAYA MAHASISWA UTEM

Institut Pengajian Tinggi (IPT) merupakan menara gading yang menjadi cita-cita bagi setiap individu sejak dibangku sekolah lagi. Mahasiswa, adalah satu terminologi bagi individu yang menghampiri kecemerlangan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Namun, sebagai mahasiswa persediaan diri yang lengkap sama ada berbentuk internal (dalaman) dan external (luaran) perlu seiring untuk menjadikan kita sebagai mahasiswa cemerlang lagi efektif. Sebagai mahasiswa yang baru melangkah ke menara gading, saya mesti mengenalpasti keperluan saya dalam merealisasikan harapan ibu bapa, agama dan negara.

Jadi, bagaimana seharusnya saya sebagai mahasiswa UTEM?


1. Memberi perhatian secara keseluruhan terhadap tanggungjawab akademik.

Sebagai mahasiswa, saya wajar meletakkan fokus yang tinggi kepada akademik. Meletakkan nilai minima pencapaian dalam setiap semester (PNGS) adalah penting. Letakkan beberapa nilai capaian supaya saya jelas halatuju saya, Begin With The End in The Mind. Namun, dengan pemfokusan yang tinggi dalam akademik tidak sepatutnya menjadikan saya sebagai pelajar yang hanya bersifat โ€˜exam-orientedโ€™ sahaja. Yang hanya belajar silibus akademik sahaja tanpa memahami nilai dan praktikal ilmu yang dipelajari. Hanya tahu, assignment, kuiz, test dan exam, itu sahaja,namun miskin soft-skill. Saya seiringkan akademik dan individual skill!

2. Melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan dan berpersatuan.


Saya sebagai mahasiswa, bukan hanya perlu berlegar disekeliling dewan kuliah, makmal atau tutorial semata-mata. Saya mesti sedar, saya juga ahli masyarakat terutamanya masyarakat kampus. Jadi dengan berpersatuan, saya dapat meningkatkan soft-skill dan daya kepimpinan sebagai mahasiswa yang kompeten. Di UTEM, pelbagai persatuan yang dapat meningkatkan emotional quotient (EQ), Spiritual Quotient (SQ),Physical Quotient (PQ) dan Intelligence Quotient (IQ), contohnya Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR). Keterlibatan dengan aktiviti persatuan, dapat membangunkan nilai jatidiri, nilai keyakinan dan kemampuan saya dalam pelbagai sudut. Saya mampu jadi yang terbaik!

3. Melengkapkan diri dengan nilai akhlak dan moral yang tinggi

Nilai kemuliaan individu itu bergantung kepada nilai integriti,moral dan akhlak yang tinggi. Mahasiswa cemerlang adalah mahasiswa beretika, menjaga akhlak, menghormati pensyarah, mengelakkan plagiarism dan lain-lain yang bersalahan dengan nilai etika masyarakat timur. Sebagai mahasiswa, saya mesti membina jati diri dan adab pergaulan yang baik sesama mahasiswa, dan tenaga pengajar seluruhnya. Nilai akhlak mulia perlu saya sebatikan dan amalkan sepanjang menjadi mahasiswa. Kerana manusia yang terbaik, ialah individu yang bermanfaat kepada orang lain. Inilah impian saya!

4. Menjauhkan perbuatan dan aktiviti yang melalaikan serta merugikan.


Dalam usia remaja, saya harus menyedari bahawa saya cukup terdedah dengan pelbagai aktiviti yang kurang sihat yang mula menular dalam masyarakat. Budaya hedonisme, rendah integriti, akhlak mazmumah, serta budaya kuning yang jelek adalah ancaman saya sebagai mahasiswa. Orang yang cemerlang ialah orang yang berjaya mengenalpasti musuhnya sama ada dalaman dan luaran, serta bersedia melawan ancaman musuh secara berkesan. Bagi mahasiswa seperti saya, saya perlu mencari teman dan rakan yang dapat membantu saya dari terjebak dalam perkara yang negatif. Rakan yang mengajak kea rah kebaikan dan kecemerlangan harus menjadi rakan bicara dan rakan akademik saya kea rah pembentukan diri saya kea rah yang lebih baik. Masa yang ada di menara gading tidak harus saya lumpuhkan dengan perbuatan yang negatif dalam diari kemahasiswaan saya. Tekad saya perlu teguh!

Bagi saya, kehadiran saya ke IPT mestilah bermanfaat, bermakna dan tidak disia-siakan. Masa akan terus berlalu, dan sayalah yang menentukan bagaimana saya. Baikkah atau burukkah, bergantung pada saya. Harus saya mula mengatur langkah sebagai individu bermanfaat dan cemerlang dalam kehidupan dunia dan akhirat. Saya Mahasiswa UTEM!

Salam Mahasiswa,

Graduat Fakulti kejuruteraan Elektronik & Komputer

Sessi 2004-2008 ๐Ÿ™‚

11 comments on “Saya Mahasiswa UTEM

  1. f
    June 29, 2008

    saya juga mahasiswa utem..hahaha

  2. syarifah
    June 30, 2008

    salam…
    abe asyraf,kironya grad thn nie la???…
    pahnie,mcmne??…sambung master kat utem dulu ke or kijo dulu…

  3. kelawarHidup
    July 1, 2008

    Ala, apsal xcite SIAPA ASYRAF SYARI di UTEM.. Lg best. hehe..

    Patut artikel tentang diri ni org lain yg tulis kan. Any volunteer??

    ๐Ÿ˜‰

  4. ulumcordova
    July 2, 2008

    Wassalam,posh..
    Insyaallah grad dan convo tahun ni, jemputla ke Melaka ๐Ÿ™‚ , dalam perancangan akan sambung master tpi bulan 12.Doakan ye posh..

  5. ulumcordova
    July 2, 2008

    Apa kata kalau kelawar hijau yang tulis, amacam? ๐Ÿ˜‰

  6. syarifah
    July 2, 2008

    ape la abe asyraf balaz comment…org tue nama “kelawar hidup”,bukannya “kelawar hijau”…
    huhu….
    nnti nk grad tue,oyat la…
    nanti ana n da geng mai melaka utk jengok2x….
    mesti abe asyraf da perghh punye kat utem,kan….?…
    =)

  7. ulumcordova
    July 2, 2008

    Nama sebenarnya ‘Kelawar Hijau’ bukan ‘Kelwar Hidup’.. Grad dah posh,cuma tunggu konvo bule 8 ni. Ana biasa-biasa aja ๐Ÿ™‚

  8. syarifah
    July 2, 2008

    bukan nnti nk grad,nnti nk konvo….sori silap..
    xingat grad n konvo tue 2bnda y berbeza…=)

  9. Fiey
    July 4, 2008

    salam..
    huhu..ruginye..baru terbaca artikel ni..dah lambat sangat..huhu..
    memang best.. ๐Ÿ™‚ …saya juga bersetuju dengan cadangan supaya klawaw ijo yang tulih 2..hehe..

  10. kelawarHidup yg Hijau
    July 5, 2008

    aiyoh, klawaw mne knai beliau sbg mahasiswa utem. Ku ingin tahu ade la. Patutny geng2 utem la yg tulis.. Ha.. Mat mane Mat? ๐Ÿ˜€

  11. hantu oo
    January 21, 2010

    utem.. graduan dia bagus??? dpt keje baik2????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on June 29, 2008 by in Kampus.
%d bloggers like this: