Ramadhan banyak menyusun kisah dan peristiwa yang bermakna.. Antaranya Nuzul Quran pada 17 Ramadhan, dan juga BADAR al-kubra.
Medan Badar menyaksikan nilai optimistik yang tinggi umat Islam ketika itu. Dengan hanya berbekalkan iman dan keyakinan kepada Tuhan yang mereka tidak dapat lihat, mereka berjaya mengempurkan lebih 1000 tentera musyrik dengan hanya kapasiti 313 , nisbah 3:10. Nilai yang agak mustahil kecuali dengan strategi Perang yang hebat, persis Tsun Zhu ! Namun, dengan hanya berbekalkan pelepah tamar, dan senjata buatan sendiri yang fizikal amat lemah di bandingkan dengan teknologi semasa Musykirin, mereka tetap melangkah dengan sebuah kekuatan, iaitu KEYAKINAN..
Keyakinan yang dasarnya terpateri dalam hati, mengharap satu pertemuan di penghujung alam yang mereka sendiri tidak pernah nampak, namun mereka YAKIN. Yakin mereka menembus benteng pertahanan musuh, memotivasi mengukuh tenaga, membuka nilai paradigma optimis yang tinggi. Hanya kerana sebuah pertemuan dengan Tuhan, yang mereka yakini. Itulah iman, itulah aqidah! Memenuhi jiwa insan yang kosong, mengatur perjalanan ke alam yang penuh metafizik. Aqidah dan iman, menghalakan amal manusia ke arah Tuannya yang satu, Penguasa yang satu, dan Pencinta yang satu. Tahniah para pejuang BADAR al-kubra, sejarahmu mengamit sebuah motivasi pada satu keyakinan yang pasti..
Bandaraya Melaka Bersejarah,
8 Ramadhan 1429 H
Lukisan Iran (1314), menggambarkan pertemuan para pemimpin Muslim sebelum memulai Pertempuran Badar.
Tayangan dari film The Message: Pasukan Muslim mendekati pasukan Quraisy Mekkah di dekat daerah 'Aqanqal.
Salam..syukran, sebuah perkongsian artikel yang bermanfaat berkait tentang peperangan Badar.
mungkin filem tu kalau berkesempatan ana juga nak menontonnya..
in that battle myslims fall enemy of islam they fight in a road of all-llah Muhamed a.s is a mesenger of All-llah and he open people eyes to bealive in one god god of this world and to pray in god .this is a great glory of myslims so awesome the hindi who pay the slaves to kill hamza so its just one god his mesenger is Muhamed a.s all thanks given belong all-llah