Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh.
Hasan Al-Banna, Rashid Redha.
Tok janggut, Abdul Rahman Limbong.
Jose Rizal, dll
Jika di Malaysia 31 Julai dijadikan Hari Pahlawan. Hari memperingati para pejuang kemerdekaan negara, yang menghabiskan keringat dalam memperoleh sebuah ‘kemerdekaan’. Mungkin agak lewat saya bincangkan peristiwa ini, namun ia tetap perlu dibicarakan sebagai ibrah (pengajaran) buat pejuang kini. Pejuang yang mengisi kemerdekaan.
Nama yang saya bariskan di atas adalah tokoh kemerdekaan jiwa yang terkenal. Selain idola utama nabi Muhammad SAW sebagai insan berpengaruh dalam mengubah jiwa manusia ke arah kemerdekaan kepada manusia ( Micheal H.Hart : The Most Infuented Person in history), tokoh di atas cukup mengesankan sejarah.
Pejuangan mereka adalah perjuangan mental dan fizikal. Mendorong manusia merubah dan mengubah, aplikasi kepada ‘Find Your voice,and inspire others to get theirs’. Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong mengajak masyarakat menentang penjajah fizikal sambil menanamkan semangat jihad yang tinggi.
Salahuddin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-fateh tokoh sejarah yang menjadi kebanggaan umat Islam. Tapi itu dulu. Malang sekali jika proses tarbiyyah yang mereka serapkan dalam medan peperangan dan medan persediaan peperangan tidak diambil iktibar oleh kita ummah kini. Ayuh, kembali menyelak kembali lembaran latihan ketenteraan fizikal dan rohaniah kedua-dua tokoh pejuang kemerdekaan BaitulMaqdis ini.
Hasan Al-banna dan gurunya Rashid Redha, pemula proses tajdid ummah kontemporari sebelum di sebarluas termasuk ke Tanah Melayu melalui Sheikh Jamaluddin, dan sahabat-sahabatnya yang lain. Perjuangannya mengembalikan syariat dan syiar menjadi obor kepada ummah kini!
Kepada semua pahlawan-pahlawan dan pejuang agama dan bangsa diluar sana. Ingatlah, perjuangan ini memerlukan pengorbanan. Pengorbanan bukan sedikit, persis Rasul dan para Nabi dibunuh dan dikejar musuh. Perjuangan ini menuntut susah, penat, letih ,sedih dan perit. Hasilnya nanti akan menjadi senyum, sejahtera, aman, kesenangan dan kerehatan. Insyaallah..
Buat para pejuang dan pahlawan di luar sana, Selamat hari PAHLAWAN!
Recent Comments