Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Minyak naik, rakyat naik minyak!

5 Jun sekali lagi Malaysia di gemparkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 40 % iaitu 78 sen, tertinggi dalam sejarah Malaysia. Hanya beberapa hari sebelumnya PM menyatakan bahawa anggaran kenaikan minyak pada bulan Ogos 2008, tiba-tiba minyak di umumkan naik. Gempar, mengejutkan dan menghairankan!

Malam 4 Jun, stesen minyak di serbu habis-habisan di seluruh negara. Dengan kadar mencecah RM2.70 seliter,ia cukup memeritkan buat golongan sederhana dan berpendapatan rendah..Cukup tertekan!

Kononnya dengan pemberian subsidi dibayar melalui kadar pembayaran road tax ,dilampirkan subsidi sebanyak RM150 bagi motosikal bawah 200cc (sebagai contoh), ia dapat meringankan beban rakyat. Jelas sekali ia hanya gula-gula politik, namun rakyat sudah terbuka pemikirannya. Cubalah kita membuat congakan mudah, katakan setiap hari penggunaan minyak sebanyak RM3 (paling minima), kalau setahun :

365 hari x RM3 = RM 1095 setahun (perbelanjaan setahun- nilai paling minima).

Dengan nilai RM1095 sebagai perbelanjaan minima tahunan ,sememangnya ia 7x ganda nilai lebih besar dari pemberian imbuhan tahunan RM150. Pastinya, kerajaan yang untung!

Yang jelas, beras sedia maklum naik. Barangan keperluan harian juga akan naik. Tarif elektrik juga dijangka naik mulai 1 Julai. Kesimpulannya semua naik, bila kerajaan Barang Naik berkuasa. Pastinya yang terbeban golongan marhaien dan golongan sederhana yang masih menjadi golongan yang agak dominan di negara kita. Yang kais pagi makan pagi akan berubah menjadi kais pagi makan malam atau tak makan langsung.

Apa tidaknya kos sara hidup dah melambung! Alahai pemimpin, barangkali mereka tak faham dan tak nak faham penderitaan rakyat, tak sedia mempraktikkan amalan ‘put yourself on their shoes’. Ini boleh mendatangkan marah! Bak kata Abdul Wahib dalam filem ‘3 Abdul’..

Kenaikan Harga Minyak di Malaysia 2004-2008

Walau pelbagai alasan dan retorika di tabur, bagi orang yang berfikir cukuplah ia hanyalah satu alasan untuk memenuhkan tembolok pemimpin yang rakus. Nak suruh rakyat berjimat? Pastikan pemimpin tak punya mahligai berjuta-juta ringgit. Nak minta rakyat sama sama susah, nak sama sama senang? Rakyat tak pernah senang, sentiasa susah tiada pembelaan! Cukup dengan saya lampirkan senarai harga minyak di negara pengeluar minyak dunia, kita wajar berfikir. Ingat, Malaysia negara pengeluar minyak. Bahkan petroleum Malaysia adalah antara yang berkualiti tinggi di dunia! Ke mana keuntungan Petronas? Kepada yang mempunyai sindrom ‘Aku Tak Pedulisma’, saya berlepas tangan untuk bertanyakan persoalan ini..

Ya Allah peliharalah kami dari pemimpin yang zalim dan rakus!

Ayuh bangkit suara rakyat!

Fakta Penting tentang isu minyak

1) Harga pasaran minyak di negara pengeluar minyak :

  • UAE– RM1.19/litre
  • Eygpt– RM1.03/litre
  • Bahrain– RM0.87/litre
  • Qatar– RM0.68/litre
  • Kuwait– RM0.67/litre
  • Saudi Arabia– RM0.38/litre
  • Iran– RM0.35/litre
  • Nigeria– RM0.32/litre
  • Turkmenistan– RM0.25/litre
  • Venezuela– RM0.16/litre
  • MALAYSIA– RM2.70/litre

2) Kenaikan harga minyak di pasaran Malaysia :

  • sebelum tahun 1990 – RM 0.89
  • tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
  • 01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
  • 20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
  • 01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
  • 31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
  • 01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
  • 01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
  • 01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
  • 05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
  • 31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
  • 28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
  • 4/06/2008 – RM2.70 (kenaikan RM0.78 )

3) Wang keuntungan PETRONAS di agihkan kepada :

  • Membail-outkan Bank Bumiputra (kini CIMB) dua kali bernilai RM4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada integriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman.
  • Membeli bon kerajaan sendiri bernilai RM3.8 billion.
  • Membina gelanggang Formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan Petronas akan menjadi hostnya berbillion ringgit dikeluarkan.
  • Beli HICOM (Proton) berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.
  • Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga RM22 billion
  • Bail-out MAS sebanyak RM668.8 juta
  • Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak RM4.56 billion
  • Membina KLCC berharga RM1.8 billion. Maintenance sebulan bernilai RM95,000.00, setahun sudah menjadi RM108 juta
  • Membina KLIA sebanyak M9 billion, peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta.
  • Rakyat ????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on June 6, 2008 by in Semasa.
%d bloggers like this: