Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Saya Pemimpin, Saya Pengikut

Organisasi mengabungjalinkan dua kelompok terbesar iaitu pemimpin(leader) dan pengikut(follower). Kedua-dua entiti ini dihubungkan melalui satu elemen penting yang disebut KOMUNIKASI.

“ Ketua kita ni tahu bagi arahan je,bukannya ambik tahu kebajikan kita.” Luah seorang pengikut.

“ Kenapalah ahli bawahan semua ni tak mahu beri komitmen dalam kerja.Jangan main-main dalam kerja!” Gertak seorang pemimpin kepada pengikutnya.

Dialog begini biasa kedengaran dalam mana-mana organisasi. Salah satu punca yang menyebabkan masalah ini ialah kurangnya komunikasi pemimpin-ahli atau kurang berkesannya komunikasi itu.

HUBUNGAN VERTIKAL

Dalam menjayakan pengurusan organisasi, barisan kepimpinan dan pengikut mestilah melaksanakan hubungan vertical dengan pencipta. Ia sebagai ikatan dalaman pemimpin-pengikut. Kuasa Pencipta sahaja yang mampu melembutkan hati pemimpin kepada ahli dan sebaliknya. Kerana hati unsur metafizik yang terbentuk secara naluri semulajadi. Jiwa pemimpin yang bersih lebih mudah mengikat hati pengikutnya, contohnya Rasulullah SAW bersama Assabiqunal Awwalun.

Organisasi yang kukuh mempunyai kepimpinan ritual yang boleh dijadikan ‘internal strength’ dan menjadi sumber inspirasi kepada pengikut. Kerana itu, Islam menggariskan keperluan kepimpinan ialah Al-Quwwah dan al-amanah. Pemimpin yang mempunyai hubungan vertical yang baik akan lebih dihormati oleh pengikut.

HUBUNGAN HORIZONTAL

Disebabkan unsur organisasi mengambilkira pengikut sebagai penyempurna organisasi, ianya perlu dititikberatkan. Sempurnanya organisasi bila visi dan misi pemimpin di kongsi bersama ahli, dirasai bersama dan di halakan tumpuan pada matlamat yang satu. Jesteru, perlu wujud hubungan horizontal. Nilai hablumminas adalah unsur dominan dalam hubungan ini. Kemahiran pemimpin memahami, menghormati dan meraikan pandangan, teguran, kritikan ,kelebihan bahkan kelemahan ahli amatlah penting.

Soal siapa dan bagaimana idea itu diberi kepada pemimpin adalah ‘sign’ penting untuk pemimpin memahami. Tak kurang yang mendatangkan idea dengan nada yang keras, namun pemimpin yang baik harus ada ciri kebolehubahan yang menilai sikap dan perspektif pengikut dengan sabar dan hikmah.

“ Nak puaskan hati semua orang (baca: pengikut) memang susah, tapi kurangkanlah risiko ketidakpuasan hati mereka dengan raikan pandangan dan menilai kehendak mereka dalam organisasi”.Nasihat mantan pemimpin kepada barisan kepimpinan yang baru.

MEMIMPIN DAN DIPIMPIN

Soal kepimpinan adalah soal kemahiran, skill, soal teknikal yang terbit dari latihan. Pemimpin boleh dilatih tidak semestinya dilahir. Bahkan istilah pemimpin dan pengurus di bezakan dalam beberapa bahagian. Pemimpin dan pengurus tidak sama.

Ada yang menjadi pengurus bukan pemimpin, tak kurang juga yang menjadi pemimpin bukan pengurus, tetapi ada juga yang cemerlang sebagai pengurus DAN pemimpin.

Dalam dunia kepemimpinan dan kuasa, ada 5 jenis asas kuasa iaitu kuasa ganjaran, kuasa paksaan, kuasa sah, kuasa pakar dan kuasa rujukan atau karisma. Pengurus biasanya menggunakan tiga kuasa iaitu bersifat ganjaran,paksaan dan keabsahan. Tetapi pemimpin menambah ‘kuasa’ melalui kuasa kepakaran dan karismatik.

Yang dipimpin tidak kurang juga besarnya tanggungjawab. Bekerja seharusnya bukanlah menjadi bebanan, tetapi keseronokan. Syaratnya ahli atau pengikut memahami falsafah organisasi, jelas misi visi, juga faham keperluan dan kehendak organisasi.

Bagaimana memanfaatkan ruang itu bergantung kepada kemahuan dan kehendak individu yang bergelar ketua dan ahli dalam sesebuah organisasi. Organisasi berjaya adalah organisasi yang terbina oleh kolektiviti cemerlang pemimpin- pengikut, yang sarat dengan nilai disiplin dan kebajikan , serta terbina atas dasar kepercayaan dan kebertanggungjawaban yang tinggi.

KONFLIK ITU MERUGIKAN

Kemahiran kepimpinan dapat kita lihat dari aspek bagaimana pemimpin mengurus konflik. Ya, konflik merugikan. Seeloknya elakkan konflik, hilangkan ruang permulaan konflik, hindarkan faktor pemangkin ke arah konflik. Tetapi kalau sudah bermula konflik, hadapilah ia dan jangan hanya menunggu sahaja konflik itu merosak organisasi!

Secara peribadi, saya cuba mencari dan melihat isu konflik ini dari perspektif positif. Bilamana berlaku konflik, saya memandang keuntungan atau nilai positif atas berlakunya konflik. Konflik boleh jadi tidak boleh di elakkan, jadi hadapinya dengan bijaksana adalah jalan terbaik!

Diplomasi atau konfrantasi

Nilai pertama yang dapat saya lihat jika berlakunya konflik ialah, kita akan belajar cara menyelesaikan konflik. Secara teori pengurusan, ada dua kaedah biasa dilakukan bila bertembung dengan konflik, sama ada diplomasi atau konfrantasi.

Sama ada mengambil langkah diplomasi atau konfrantasi, ia perlu dikaji dari sudut pro’s and cont yang tersendiri. Secara tidak langsung ia adalah proses pembelajaran ! Kematangan memerlukan masa dan pembelajaran berterusan.

Behavior sekeliling konflik

Nilai kedua, adalah kita BELAJAR tentang perangai dan sikap di sekeliling konflik. Dengan konflik, dan susur galur peristiwa yang berlaku semasa konflik, kita dapat mengenali sifat rakan kerja yang lain, menjelaskan lagi proses taaruf ke peringkat tafahum. Pengalaman adalah guru yang penting dalam diari kehidupan kita. Membuka mata akan memanfaatkan kita dalam mendalami rencamnya manusia dan pelbagainya nilai sikap dalam institusi manusiawi ini.

Sekurang-kurangnya, dengan konflik saya akan lebih kenal yang mana rakan dan yang mana sahabat!

SAYA PEMIMPIN SAYA PENGIKUT

Siapa kita bukan soalnya. Pemimpin dan pengikut ada tanggungjawabnya. Tidak boleh leka, tidak boleh sambil lewa, jika matlamat sudah ditetapkan, falsafah organisasi sudah dihadami. Jika semua memahami, anda, kita, dan saya akan di soalkan, insyaallah masing-masing memahami dan melaksanakan amanah tanpa kompromi dan paksaan.

surah Al-Kahfi 103-105.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 28, 2008 by in Kampus.
%d bloggers like this: