Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Seorang Guru Itu

Seorang guru..
Seorang muallim,
Seorang murabbi..

Guru samada di kenali dengan status rasmi atau tidak tetap bertanggungjawab membawa tugas besar membentuk ummah. Saya, anda dan kita semua tidak dapat menafikan itu. Walaupun sedikit, mereka tetap memberi kesan pada kita. Guru dengan segala dengan komitmennya ‘hidup’ mendidik..tanpa mengeluh, tanpa alasan.

Dia mengajar dengan memahami erti pendidikan..
Dia mengajar semata-mata kerana memberitahu dan memberimahu..
Dia mengajar kerana mahu pelajarnya lebih baik darinya..
Dia juga belajar prinsip ‘Seek first to understand,then to be understood’, semata mata kerana pelajarnya..

TERIMA KASIH YA MUALLIM

Jadi pengorbanan begitu hanya selayaknya di hantar dengan nilai ‘Terima Kasih’ sebagai penghargaan. Nilai terima kasih itu wajar diterjemahkan oleh para pelajar kepada gurunya dengan menjadi insan berguna kepada ummah.

Memang kita akui tidak kurang juga guru yang berintegriti rendah, tidak hadir sebagai pemberi contoh kepada pelajar. Saya pernah menonton kisah Korea yang mengisahkan guru yang bobrok akhlaknya dan nilai moralnya, bertindak melacur pelajarnya sendiri. Walaupun begitu, watak antagonis begitu diseimbangkan dengan kehadiran watak guru lain (baca:hero) yang menjadi tautan pelajar. Itu mungkin realiti di sana, namun tidak juga kita nafikan ianya menjadi kisah-kisah sepi dan terpencil dalam masyarakat kita. Boleh jadi ada..

Tetapi, kes terpencil begitu tidak seharusnya mengugat institusi perguruan sebagai institusi mulia dalam masyarakat. Kerana gurulah, Muhammad bin Abdullah dapat melaksanakan amanah keRasulannya secara efektif ( dengan bantuan Jibril a.s). Kerana gurulah juga, lahirnya insan hebat seperti Imam Assyafie hasil didikan gurunya Imam Malik r.a. Bahkan kisah Ghulamuddakwah juga terkesan hasil dakwahnya kerana gurunya, si Rahib yang dihukum dikerat separuh badannya.

Terima kasih cikgu, ustaz, ustazah, para murabbi sekalian..

IBU BAPA GURU PERTAMA

Kenapa saya berkata ibu bapa guru pertama?

Rasulullah SAW mengesahkannya, bahawa anak-anak yang lahir itu bersih dan suci. Pencoraknya ialah ibundanya dan ayahandanya. Jika corakkannya Yahudi jadilah yahudi, jika coraknya Nasara; Nasaralah jadinya, jika coraknya Akademi Fantasia, artis dan hiburanlah coraknya. Begitu juga jika Islam dan cara hidupnya di asaskan sebagai corak, maka terbentuklah anak itu dengan acuan Islam.

Benar,walaupun kebanyakan masa pembelajaran formal adalah di sekolah, namun di rumahlah permulaan pendidikan,pentarbiyyahan anak-anak. Jadi, sebelum ada sebahagian ibu bapa menyalahkan guru-guru atas nilai akhlak moral anak-anak yang buruk, ibu bapa harus cermin diri, muhasabah dan menilai acuan yang bagaimanakah di bentuk anaknya itu.

JADILAH GURU KEPADA ORANG LAIN

Hidup ini bermakna bila kita bermanfaat. Bagaimana bermanfaat telah saya kongsikan dalam artikel saya ‘Anda, bermanfaatkah pada yang lain’. Dalam saranan Rasulullah SAW berbunyi “ Sesungguhnya yang terbaik dikalangan kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya’. Terma mengajarnya adalah satu galakan Rasulullah supaya kita ‘memberi’ setelah ‘menerima’. Juga mendasari sabdaan Rasul :

“ Sesungguhnya yang terbaik dikalangan kamu ialah yang bermanfaat pada yang lain”.

Ayuh mengatur langkah persiapkan diri untuk belajar memberi dan mengajar yang lain ke arah yang makruf serta mengajar jiwa yang nahi mungkar.

Siapalah lagi kalau bukan anda? Anda wajar menjadi pendidik di lapangan anda sendiri.. Find your Voice & Inspire Others to find Theirs.

Selamat Hari Guru, Hari Bapa dan Hari Ibu. Semuanya adalah para pendidik yang membentuk diri ini sehingga hari ini dan mampu menjadi insan berguna, Insyaallah.

One comment on “Seorang Guru Itu

  1. maz
    July 25, 2009

    INsyaallAH…SEMUA BAKAL GURU TERUSKN PERJUANGAN…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on May 16, 2008 by in Ummah.
%d bloggers like this: