Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Muhammad SAW : Apa Kata Mereka?

nurselawat.jpg

Muhammad The Last Prophet..
Muhammad Pembawa Rahmat..
Muhammad Pemimpin Agung..

Itu bahasa yang terbaik buat Nabi Muhammad SAW seperti yang tercatat dalam Quran al-Karim. Pengiktirafan Allah SWT datang dalam ayatNya seperti :


107. Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam ( Al-anbiya’)

pic5.jpg

28. Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).( Saba’)

PENGIKTIRAFAN MICHEAL H.HART.

Namun kita juga wajar melihat kepada pengiktirafan sebagai sarjana moden berkenaan dengan Nabi Muhammad SAW. Antaranya:


Micheal H.Hart dalam bukunya The 100: Ranking Of The Most Influential Persons In History, dimana beliau mencatatkan :

“ Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan sesetengah pembaca dan akan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. Saya memilihnya disebabkan oleh hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan (spiritual) dan keduniaan. Daripada asal usul yang biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat didunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya tetap hebat dan masih terus berkembang”.

PENYATAAN PROFESSOR JULES MASSERMAN

Jules Masserman adalah tokoh ilmu physologi dari Amerika Syarikat dan merupakan professor di Universiti Chicago. Beliau memberikan pandangan beliau berkenaan ciri yang perlu ada bagi pemimpin agung, apabila ditemuramah oleh Majalah Times. Beliau menyebut:

“ Seorang pemimpin perlu melaksanakan tiga fungsi penting iaitu memelihara kesejahteraan pengikutnya, mewujudkan suatu sistem sosial yang selamat lagi terjamin serta menyemaikan suatu nilai kepercayaan supaya diikuti. Tokoh seperti Pasteur dan Salk boleh dikategorikan sebagai pemimpin kumpulan pertama. Alexander, Caesar dan Hitler pula boleh dianggap sebgai pemimpin kumpulan kedua dan mungkin juga yang ketiga. Pemimpin yang paling unggul dalam sejarah ialah Muhammad kerana beliau melaksanakan ketiga-tiga fungsi ini, diikuti dengan Musa”.

PENGIKTIRAFAN GEORGE BERNARD SHAW.

Beliau adalah seorang tokoh dari Dublin dan dalam bukunya The Genuine Islam beliau mengatakan :

“ saya sentiasa menyanjung agama yang dibawa Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya. Ia adalah satu-satunya agama yang pada pandangan saya mempunyai kemampuan supaya disesuaikan dengan perubahan yang sering berlaku dalam hidup justeru menjadikannya menonjol pada setiap zaman. Saya telah mengkaji mengenainya,iaitu lelaki yang hebat itu (Muhammad) dan pada pandangan saya beliau bukannya seorang yang anti-Nabi Isa sebaliknya beliau sepatutnya digelar sebagai penyelamat Bagi Manusia”.

PENYATAAN PROFESSOR RAMAKRISHNA RAO

Professor K.S Ramakrishna Rao adalah dekan di Universiti Mysore,India. Beliau mencatatkan dalam bukunya Islam and Modern Age:

“ Jika keunggulan seseorang terletak kepada kemampuannya membersihkan masyarakat daripada keganasan serta kerendahan akhlak dan budi serta mengangkat mereka menjadi pemegang obor tamadun dan keilmuan, dia (Muhammad) memang layak dikatakan unggul. Jika keunggulan manusia terletak kepada kemampuan mengikat tali persaudaraan yang kukuh dalam masyarakat yang selama ini dipenuhi persengketaan dan pergeseran,beliau juga layak dikatakan unggul. Jika keunggulan terletak pada kejayaan menukar kepercayaan sesebuah masyarakat daripada belenggu ikutan jahiliyyah dan kesesatan kepada suatu kepercayaan murni , beliau berjaya melakukannya ke atas jutaan manusia. Jika keunggulan berkait rapat dengan akhlak yang tinggi, beliau memang dikenali oleh kawan dan lawan sebagai al-ameen. Jika keunggulan dikaitkan dengan kemampuan mengalahkan musuh, beliau adalah anak yatim yang akhirnya berjaya menjadi seorang pemimpin yang setanding dengan Maharaja Rom dan Parsi serta mampu mengasaskan sebuah empayar yang besar yang mampu bertahan selama 14 abad. Jika ketaatan dan ketundukan adalah syarat keunggulan, sebutan namanya sahaja akan mendatangkan hormat dan ketundukan di hati jutaan manusia seluruh dunia”

Apa lagi yang hendak dikatakan tentang Nabi Muhammad SAW?
Beliau adalah idol ummah!

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1429H

2 comments on “Muhammad SAW : Apa Kata Mereka?

  1. Shinobi D. Awan
    March 20, 2008

    8th habit: Find your voice and inspire others to find theirs.

    Bukankah ini yang jadi asas kerja Nabi Muhammad SAW? Covey cuma mengutip intipati Nabi Muhammad SAW. Tapi Muslim kena mengutip dari Covey pula. Aduh, orang Islam…

  2. ulumcordova
    May 28, 2008

    Ini hasil sekularisasi minda, paradigma dan mantaliti. Keberjayaan mereka memutuskan nilai motivasi Rasulullah SAW dan cara hidup berasaskan sunnah kepada umat Islam, cukup merugikan kita!

    Ayuh, bangkit dan berkatalah ‘Kami Bangga Dengan Islam’!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on March 20, 2008 by in Ummah.
%d bloggers like this: