Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Negara Kebajikan : Realiti atau Fantasi

pic22.jpg

Negara berkebajikan.. Welfare State..

“ Pendidikan percuma, perkhidmatan percuma? Mampu ke diorang nak bagi?…” Sinis penyokong pasukan lawan.. Kata-kata pesimis begini seringkali muncul bagi mereka yang tidak percaya sebelum melihat buktinya. Ada sebahagian kita yakin dan percaya dengan apa yang mereka perjuangkan.. walau selama mana masa di ambil, walau sesusah mana halangan mendatang, walau sebanyak mana pengorbanan ditabur, namun mereka tetap ‘Bekerja Untuk Melihat Apa yang mereka Percaya’

Kebajikan yang diberikan serata tanpa mengira bangsa,agama,kroni dan nepotisme. Ia selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang diisyhtiharkan PBB. Ia menyatakan bahawa doktrin ini mengiktiraf hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit,jantina, bahasa,agama,pegangan politik, asal-usul dan keturunan. Islam datang dengan ciri deklarasi ini seawal 1400 tahun dahulu.

SOAL KEBAJIKAN

Kebajikan adalah soal manusiawi..

Kebajikan sosial, kebajikan jiwa, kebajikan mental, kebajikan fizikal.. adalah unsur manusiawi..

Adakah kebajikan rakyat terjaga , jika kadar jenayah di negara makin meningkat?

Adakah kebajikan rakyat terjaga, jika anak-anak seusia 5,6 tahun tidak bebas dari ancaman culik?

Adakah kebajikan rakyat terjaga, apabila rumah kediaman rakyat marhaien dirobohkan atas alasan pembangunan?

Adakah kebajikan rakyat terjaga, apabila duit rakyat (cukai) di’rompak’ oleh orang yang berkepentingan?

Adakah kebajikan rakyat terjaga,apabila hasil kekayaan negara dibahagi secara tidak adil?

pic9.jpg

Jadi soal kebajikan, adalah soal keselamatan, soal kebahagiaan dan soal kedamaian berada di tanah air sendiri, tanah tumpah darah sendiri. Namun, apa yang dapat kita perhatikan kini, banyak lokasi lokasi tertentu di negara kita yang menjadi seolah-olah negara asing, seolah di komuniti atau negeri di luar Malaysia dek kerana kebanjiran warga asing yang menetap di negara kita ini. Bahkan lebih teruk apabila mereka menjadi punca jenayah di sebahagian tempat. Terjagakah kebajikan begitu?

Islam datang dengan menjaga kebajikan manusia, cukuplah dengan ayat Allah iaitu :

pic7.jpg

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya…” (al-Baqarah 286)

MADINAH NEGARA BERKEBAJIKAN

Sejarah Islam telah menukilkan Madinah al-Munawwarah wajar dijadikan icon negara contoh yang menepati ciri kebajikan.Asasnya satu iaitu TAQWA kepada Allah. Output dari controller yang bernama iman pastinya bersih, adil, sihat dan terpelihara dari penyelewengan. Rasulullah SAW yang menjadi pemimpin, memerintah dengan agama dan menjaga komuniti Madinah dengan efektif. Dalam negara Madinah ini, kaum Yahudi dan suku kaum yang pernah memusuhi Islam ketika dahulu dapat hidup aman dan damai. Pengurusan kewangan yang telus dan amanah telah dilaksanakan oleh Baitul Maal dengan baik sekali kerana pegangan yang kuat tentang konsep al-Hasyr wal Jaza’.

Contoh lain yang kita boleh amati, yang dasarnya adalah agama, Bangunkan agama dan perintah dunia dengan agama ialah di zaman pemerintahan Umar Abd Aziz. Rakyatnya mendapat hak masing-masing secara adil sehingga tiada yang bersedia menerima zakat. Cukup berbeza.. Apa formulanya? Iman taqwa disertai dengan usaha yang tak jemu-jemu membangunkan rohaniah dan jasmaniyah secara wasatiyyah.

PILIHANRAYA DAN KEBAJIKAN RAKYAT

Dalam suasana pilihanraya yang bakal berlangsung, suka untuk saya bawakan perbincangan kepada contoh manifesto yang dijanjikan kepada rakyat sebagai contohnya Parti Islam Semalaysia. PAS telah melancarkan manifestonya yang berbunyi ‘Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan’. Fokus PAS ialah menghapus korupsi dan membina negara yang menjadikan kebajikan asas penting dalam pembentukan negara. Dalam merealisasikan matlamat pembentukan negara berkebajikan ini, terdapat 12 perkara pokok yang digariskan antaranya ialah:

1. Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
2. Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara,
3. Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
4. Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
5. Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
6. Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
7. Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
8. Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
9. Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
10. Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
11. Pemuliharaan Alam Sekitar
12. Dasar Perpaduan Nasional

Konsepnya berbeza dengan konsep welfare state mengikut acuan Barat. Bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah,adil dan bersih. Konsep ini di tunjangi oleh aspek spiritual yang perhitungan dosa dan pahala di sisi Allah yang ada dalam ajaran Islam (konsep tarhib dan targhib). Dengan menerapkan aspek itu, rakyat akan selesa bukan sahaja kehidupan mereka bertambah baik bahkan akan wujud sifat toleransi antara satu sama lain.

Bagaimana pelaksanaan? Hanya akan di ketahui apabila mereka di beri mandat. Mandat bersih dari rakyat, mandat yang suci dari sebarang manipulasi yang berkepentingan.

Para pengundi seperti anda dan saya wajar meletakkan keputusan terbaik, kerana undi kita adalah benih negara! Selamatkan negara dari korupsi, aman dan damaikanlah Malaysia dengan pilihan terbaik!

taknak_bn1.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on March 1, 2008 by in Semasa.
%d bloggers like this: