Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Pilihanraya : Undi Anda Ialah Benih Negara!

stolen-election-large.jpg

Bahang pilihanraya kian memuncak..

Perang poster mula bertaburan..
Manifesto parti bertanding mula dicanang..

Kesimpulannya medan pilihanraya yang menjadi medan ‘perang’ realistik antara ideologi politik adalah asas pendekatan di negara kita sejak 50 tahun lalu.Sejak pasca-merdeka, kaedah demokrasi berparlimen menjadi ‘alat’ kepada pemerintahan negara Malaysia. Itu semua orang tahu…

Namun, benarkah kita semua (baca: rakyat Malaysia) menggunakan medan ini semaksima mungkin untuk memilih kepimpinan yang benar-benar berkeahlian dan berkelayakan? Kepimpinan berintegriti, telus dan amanah…

PILIHAN ANTARA YANG TERPILIH.

pic33.jpg

Memilih yang terbaik terutamanya dalam kepimpinan negara adalah satu perkara yang amat penting. Dengan corak demokrasi sepenggal 4 tahun, rakyat diberi mandat untuk menentukan corak negara 4 tahun ke hadapan..
Korupkah, amankah, damaikah, tertipukah..

Bergantung pada pilihan kita, RAKYAT MALAYSIA. Bahkan Quran telah mencatatkan peri pentingnya pemilihan kepimpinan yang tepat. Perhatikan ayat ini:

pic32.jpg

113. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Komentar Abdullah Ibn Abbas telah ayat ini berbunyi “jangan kamu condong sebesar rambut pun kepada golongan zalim dalam urusan agamamu”. Ini disebabkan isu kepimpinan negara, ialah isu rakyat, isu negara, dan ia termasuk dengan urusan agama,kerana dengannya hukum Allah dan keadilan ditegakkan. Kecenderungan pemilihan kepimpinan yang tidak serius menegakkan al-Quran sunnah boleh dikatogerikan sebagai perbuatan menzalimi agama.

Imam Mawardi dalam al-ahkam al-sultaniyyah menyebutkan cirri kepimpinan islam antaranya:
• Beragama Islam dan adil.
• Mempunyai ilmu pengetahuan dalam urusan pentadbiran dan pmerintahan negara.
• Mempunyai keupayaan dan amanah (al-qawiyy dan al-amanah).

Bakal pemimpin pilihan anda sudah tersedia didepan kita, pilihlah pemimpin yang boleh diletakkan amanah dan keupayaan dalam urusan pentadbiran “ Bangunkan agama, dan perintahlah dunia dengannya (agama)”.

DEMOKRASI, PILIHANRAYA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Ramai juga yang tidak jelas dengan status demokrasi. Demokrasi adalah sistem barat! Demokrasi amalan bukan Islam! Slogan begini adalah slogan simplistik yang wajar kita kembali telitikan..

Islam mendatangkan hukum azimah dan rukhsah. Azimah konsepnya thabat, tetap yang bersifat hukum asal yang tegas manakala rukhsah lebih bersifat meringankan dan bersifat kelonggaran.penggunaan kaedah azimah dalam semua keadaan akan mendatangkan kesan negatif pada Islam.Said Hawwa dalam Durus fi al-amal al-islami menyebut :

Pelaksanaan hukum azimah samatamata tidak dapat memenuhi tuntutan perjuangan, walaupun oleh sahabat-sahabat Nabi. Jesteru baginda bersabda ‘Sesungguhnya Allah mengkehendaki supaya rukhsah itu diambil seperti mana azimah digunakan’.

Demokrasi adalah pendekatan yang bersifat rukhsah yang kurang memudharatkan berbanding kaedah revolusi yang memberi seribu satu kesan negatif pada masyarakat. Bahkan banyak kisah dalam perjalanan Nubuwwah yang menunjukkan Islam membenarkan mengambil sistem bukan Islam yang tidak bercanggah seperti kaedah perang berparit dari teknik perang Parsi yang dicadangkan oleh Salman Al-Farisi. Apakah rujukan kehidupan yang lebih baik selain sirah Muhammad SAW?

BUAT TAK KISAH

“ Peduli apa aku dengan pilihanraya, bukannya aku yang nak bertanding…!”
“ Sapapun pemimpin Malaysia semua sama saja.Orang politik.. Tak kisahlah kalau tak mengundi pun..”

Beberapa respon golongan mutaqa’idun simplistik sebahagian kecil orang kita, rakyat Malaysia. Sikap tak ambil kisah atau ‘Aku tidak Pedulisme’ kerap menjadi sandaran golongan selesa di Malaysia. Susah juga kalau masing-masing tidak peka dan tidak mengambil kisah bahawa setiap undi itu berharga. Setiap undi adalah harga yang dibayar oleh rakyat untuk negara, untuk masyarakat.. Jesteru, wajarkah hak kita di negara berdemokrasi ini kita abaikan begitu saja? Be responsible citizen!

Setiap undi adalah benih, benih negara 4 tahun ke hadapan..

pic34.jpg

Adakah berbenihkan lalang,yang menyusahkan dan wajar ditebas, atau berbenihkan buahan manis yang mengenyangkan manusia mahupun haiwan.. Adakah benih rasuah, benih nepotisme dan benih hedonisme yang kita tanam, atau benih keadilan,integriti, model pembentukan modal insan sejati yang dibajai? Pilihan anda penting, sama ada pemimpin pilihan kita adalah korup atau pemimpin adil! Pemimpin zalim perlu di jatuhkan, gantikan dengan pemimpin yang lebih ikhlas membawa agenda masyarakat,bukan agenda peribadi dan poket sendiri sahaja.

Pilihlah sama ada kita berada dalam keadaan resah dengan kisah kebejatan akhlak, ketidakselamatan di negara sendiri akibat ancaman jenayah atau akibat pendatang asing yang tak terkawal. Sama ada dipimpin pemimpin korupsi berkuasa dengan rasuah dan nepotisme, atau membenarkan terus anak muda larut dalam kegilaan hedonism, atau bagaimana?

Atau membangun negara dengan acuan sendiri berasaskan sistem akhlak dan moral yang tinggi, dipimpin pemimpin yang berintegriti tinggi, mahupun berada di zon keselamatan maksima di samping kebajikan dijadikan fokus kepimpinan beramanah…

Tunggu apa lagi? Bersedialah untuk memangkah calon pilihan anda, yang boleh dipercayai dan diletakkan kepercayaan mentadbir negara. Jom Mengundi 8 Mac 2008!

taknak_bn.jpg

Ulumcordova juga mencadangkan artikel berikut:

One comment on “Pilihanraya : Undi Anda Ialah Benih Negara!

  1. cik awan
    February 27, 2008

    jom tanam benih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 25, 2008 by in Semasa.
%d bloggers like this: