Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Anda, Bermanfaatkah Pada Yang Lain?

pic19.jpg


Alangkah baiknya JIKA orang mencipta mentol lampu (baca: Thomas Edison) yang ada kini adalah dari kalangan orang Islam.Betapa banyak pahala dia akan perolehi dengan amal jariahnya walaupun telah lama dia meninggal dunia” – Shari Che Lah

Satu pesanan yang dinukilkan dari ayahanda saya kepada saya..

Yang pasti ,mesej yang beliau cuba sampaikan cuma satu iaitu BERMANFAATLAH UNTUK ORANG LAIN. Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang cukup optimis, dan senantiasa bertindak sebagai motivator terbaik buat kami adik beradik..

Lihat sahaja pada saranan dan sabdaan Rasulullah SAW, yang membawa makna kita perlu memberi selepas menerima. Pengiktirafan Rasulullah SAW bahawa manusia yang terbaik ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain, adalah satu contoh yang wajar diimplementasikan.

Proses kita memanfaatkan diri untuk manfaat orang lain adalah satu saranan Rasulullah SAW yang perlu kita teladani seperti perjalanan hidup baginda.Soal apa manfaat yang boleh kita sumbangkan kepada orang lain (baca: keluarga, rakan taulan, dan masyarakat, agama), itu hak individu yang perlu dilihat dari capability dan kompetensi (ciri al-quwwah) masing-masing. Ada yang memberi kepada masyarakat dari bidang keagamaan, ada dari bidang keduniaan, namun ianya akan bermanfaat untuk kita di akhirat jika ia menepati ciri ibadah kepada Allah.

John C.Maxwell menyebut dalam bukunya “Winning With People” dalam Prinsip Pembelajaran (The Learning Principle) yang berbunyi “Each Person We Meet Has the Potential to teach Us Something” yang bermaksud setiap individu yang kita temui berpotensi untuk mengajar kita sesuatu. Maksudnya setiap kita boleh memberi manfaat kepada orang lain! ‘Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat’ adalah sabdaan tasyji’ atau motivated stimulation kepada umat baginda betapa menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah kewajipan umat Muhammad SAW walau sedikit.

pic25.jpg

Susahkah untuk kita bermanfaat kepada orang lain? Mudahkah untuk kita memudaratkan orang lain? Jawapannya pada diri kita, YA atau TIDAK adalah atas kehendak dan kemahuan masing-masing. Bahkan Rasulullah SAW sudah menyarankan dengan mengalihkan halangan dijalanan sudah dikira sedekah, dan sedekah semestinya bermanfaat buat orang yang menerima. Jadi, siapa lagi ingin mengerakkan ruh dan jasad anda untuk memanafaat diri ini untuk orang lain? Anda mampu menjawabnya.

Mungkin ramai yang mengunakan frasa simplistik untuk dijadikan alasan, ‘saya tidak mampu’, ‘saya tidak pandai’ atau ‘saya tidak boleh’. Mereka meletakkan kelemahan diri sebagai asbab untuk tidak bermanfaat kepada orang lain, berkata mereka tidak cerdik atau berbakat. Sebenarnya ini tidak lain hanya disebabkan SIKAP kita. Mengikut kajian, oleh pakar psikologi Dr Lewis M Terman dan beberapa pakar membuat kajian kepada 1440 kanak-kanak pintar. Mereka mendapati yang membezakan orang cemerlang dan gagal dalam hidup ialah fokus. Orang cemerlang sentiasa fokus pada perkara yang hendak dilakukannya, dan cerdik semata mata tidak akan menjamin kecemerlangan. Bahkan bakat dan potensi tidak akan cemerlang jika tidak diasah dengan latihan dan amal berterusan. Ia bermula dengan USAHA. Mulakan usaha anda,gilap kecemerlangan diri, potensi dan bakat untuk bermanfaat kepada insan sejagat.

Jika hidup didunia kita mampu memberi kesenangan dan kebaikan kepada makhluk lain, nescaya di akhirat kelak manfaat dunia yang kita sebarkan akan kembali ‘dibalas’ manfaat kepada kita. Itu pegangan mukmin yang yakin dengan tarhib dan targhib Allah. Sudahkah anda bermanfaat pada yang lain? Tanyalah hati selamilah diri….

2 comments on “Anda, Bermanfaatkah Pada Yang Lain?

  1. Pingback: Seorang Guru Itu « Mencari Permata Cordova

  2. Pingback: Seorang Guru Itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 19, 2008 by in Motivasi.
%d bloggers like this: