Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Tajdid Dalam Masyarakat Islam

pic16.jpg

Tulisan ini memfokuskan bidang usul fiqh dan bidang yang signifikan dengannya. Pada kali ini, penulis ingin membincangkan serba sedikit berkenaan dengan ‘Tajdid dan keperluan masa kini’.Perbincangan akan berkisar berkenaan bab tajdid, tabdid, ibtida’ dan tajaddud serta elemen berkenaan yang sesuai untuk diadaptasi dan diasimilasi dalam thaqafah kita sebagai pendokong Harakah Islamiah.Disamping bertindak sebagai benteng hujahan golongan intelektual simplistik yang bersifat taassuf dalam mempelopori dunia keilmuan Islam mutaakhir ini.Contohnya seperti pendokong Islam Liberal yang lantang mempersoalkan kewibawaan Imam al-Ghazali sebagai hujjatul Islam hanya kerana Imam al-Ghazali mengkritik idealisme falsafah yang didokong oleh Ibnu Sina dan al-Farabi. Mahupun IRC atau nama terbarunya IFC ( Interfaith Commision) yang mempersoalkan kembali perkara usul dan hukum qat’ie didalam Islam serta jelas mempermainkan isu Islamic status bagi umat Islam yang harus difleksibel dan sebagainya.



PENAKRIFAN TAJDID DAN TABDID

Tajdid dan tabdid merupakan dua perkataan kontra dari sudut etimologi yang hendaklah di ketahui oleh setiap individu Muslim supaya tidak tergelincir dari landasan al-fiqh itu sendiri. Tajdid didefinisikan sebagai usaha mengembalikan sikap serta praktikal umat Islam kepada Islam,serta proses renovasi atau perubahan kepada nilai Islam ortodoks (asli).Sementara, tabdid adalah penghapusan segala ajaran Islam yang lama dan menggantikannya dengan ajaran yang baru, atau ibtida’ iaitu mengadakan sesuatu dalam agama dengan unsur yang bukan dari Islam. Contohnya dominasi golongan falsafah dan ilmu kalam dalam kerajaan Bani Abbasiyyah yang menerapkan elemen philosophy melampau dalam aqidah dan amalan, serta ajaran sufisme eksterim seperti aqidah wahdatul wujud, ittihad wal hulul dan “Ana al-haq” oleh al-Hallaj.

Dr Yusof Qaradawi ( mujaddid kurun ke 15 hijrah ) menyebutkan secara sorih karekteristik dan analogi tajdid yang perlu difahami didalam buku Liiqat wa hiwaaraat hawla qadaaya al-Islam wal asr,“…..tajdid membawa maksud mengembalikan sesuatu kepada asal, ia seumpama memperbaiki bangunan yang usang tanpa mengubah struktur asalnya, tetapi jika bangunan itu diruntuhkan dan dibina baru, maka ianya bukanlah tajdid! ” .

 

exam.jpg

PEMBAHAGIAN TAJDID

Tajdid Kulliy atau tajdid makro ialah usaha tajdid yang dilakukan secara menyeluruh mencakupi segala bidang kehidupan umat Islam. Fundamental bagi tajdid ini adalah sistem pemerintahan yang dimobilasi oleh pendokong Islam untuk memfokuskan kembali visi dan misi mereka kepada Allah SWT.Contohnya Umar Abdul Aziz yang melaksanakan perubahan setelah hak kekhalifahan telah berakhir dizaman Saidina Ali dan diganti dengan sistem beraja yang menjadi badan eksekutif, judisiari dan legislatif ketika itu.Begitu juga dengan Salahuddin al-ayyubi yang berjaya membebaskan Masjid al-aqsa dari crusades ( tentera salibiyyah) serta kejayaan mengembalikan sistem pemerintahan Mesir dari Kerajaan Fatimiyyah kepada pemerintahan Islam yang sebenar.

Tajdid juz’iy atau tajdid mikro merupakan tajdid didalam aspek tertentu yang bersifat dharuri dan critical seperti usaha Imam assyafie dalam ilmu fiqah dan memperkenalkan method ‘Usul fiqh’ yang digunapakai dalam usaha untuk mengeluarkan fatwa.Juga Imam Bukhari didalam ulumul hadis, serta usaha Imam al-Ghazali memerangi falsafah sesat yang dipelopori dan dipengaruhi oleh tokoh Yunani seperti Plato,Socrates mahupun Aristotle.

MENGENALI MUJADDID SEPANJANG ZAMAN

Penulis ingin membawa pembaca memperhalusi hadis Rasulullah SAW iaitu : “ Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat Islam ini setiap seratus tahun seseorang yang akan memperbaharui urusan agama” ( Status : hadis shahih dari Abu Hurairah). Perkataan ‘man’ iaitu seseorang mengikuti Imam assayuti ialah individu sementara Dr Yusof Qaradawi membawa paradigma baru yang lebih bersifat kolektif dengan menyatakan bahawa mujaddid boleh ditujukan kepada mufrad (satu) atau jama’(ramai).

Secara logikalnya jika kita menelusuri sejarah Islam menunjukkan bahawa pentarbiah umat Islam didatangkan dalam bentuk jamaah dengan bervariasi ilmu yang ditajdidkan. Mana mungkin proses pentajdidan secara overall mampu untuk dilaksanakan secara individu dalam tempoh tersebut, seharusnya memerlukan kepada tenaga kolektiviti yang energetic untuk merubah aspek kritikal yang telah dijangkiti ‘virus’ jahiliah didalam Islam. Disini penulis mengemukakan beberapa tokoh mujaddid yang memberi sumbangan yang besar kepada Islam :

a) Umar Abdul Aziz , dikenali sebagai mujaddid pertama serta digelar Khalifah Arrasyidin yang kelima. Ini disebabkan sumbangan beliau memfokuskan kembali umat Islam yang terleka dengan habuan duniawi kepada madrasah keilmuan dan rubu’ Islam,serta kebajikan umat Islam contohnya berkenaan dengan ekonomi, management skill dan sebagainya. Malahan, setiap fraksi dan mazhab turut mengakui ketokohan dan nilai karismatik pada Umar Abd Aziz, termasuk golongan Syiah dan Khawarij.

b) Imam mazhab seperti Imam Malik, Imam assyafie,Imam Abu Hanifah, imam Ahmad serta imam-imam yang lain.Merekalah yang meletakkan kaedah yang menyeluruh dalam hukum fikah, dan diatas usaha mereka kita mampu menikmati kemudahan infrastruktur yang dibenarkan berdasarkan hukum fiqah contohnya seperti masalih mursalah.

c) Imam Hasan al-banna yang mempelopori tajdid Islam dengan gerakan Ikhwanul Muslimin, serta selari dengan zamannya ialah Assyeikh Abul A’la al-maududi yang mendominasi dengan gerakan Jamaat Islami di Pakistan.

Selain tokoh tersebut, ramai lagi ulama’ yang diklasifikasikan sebagai mujaddidun sepanjang zaman seperti Imam Al-Izz Abd Salam, Salahuddin al-ayyubi, Rashid Ridha, Imam al-Ghazali yang tidak disebut oleh penulis. Seharusnya selaku pendokong gerakan Islam budaya mengkoreksi setiap bidang ilmu terutamanya ilmu usul didalam Islam perlu dijadikan prioriti sebagai senjata yang paling ampuh untuk bertempur dengan gelombang neokolonialisme yang mencetuskan Ahzab Moden sama ada dari sudut fizikal, mantaliti, ekonomi dan sebagainya. Waspadalah dengannya, wahai para mujahidin!!

One comment on “Tajdid Dalam Masyarakat Islam

  1. Zaiful
    February 10, 2008

    salam juara, peluang niaga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 5, 2008 by in Thaqafi.
%d bloggers like this: