Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Kenali Air Medium Kesihatan

bh00080.jpg

Islam datang dengan sifat kamal wa kamalat iaitu sempurna dan menyempurnakan. Dengan tidak menafikan dua elemen penting, iaitu Peraturan syariatullah dan Peraturan Sunnatullah, ia menjelaskan lagi kecantikan sistem yang telah disusun oleh Pencipta kita. Syariatullah yang menuntut ubudiyyah kepada unsur metafizik yang membariskan hukum hukum seperti Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Manakala, Sunnatullah yang lebih bersifat realistik duniawi menyatakan keutamaan adalah hak milik sesiapa yang memenangi Hukum Alam atau Hukum Fizik, yang boleh disentuh, yang boleh dicapai akal dan tangan. Keduanya perlu diselarikan, perlu digerakkan bersama…

AIR : SYARIATULLAH ATAU SUNNATULLAH?

Air, cecair, H_2 O ,ais …

Memohon rezeki pada Allah melalui doa atau yakin rezeki hanya dari ALLAH itu syariatullah, namun bekerja secara praktikal dengan tekun itulah sunnatullah. Kedua-duanya perlu dilaksanakan dalam rangka kerja yang sama, supaya ia mengimbangi hukum alam didalam diri kita. Memohon pada ALLAH tanpa usaha, itu satu kezaliman. Bertawakkal dengan mengikat unta itulah contoh syariatullah + sunnatullah saranan Nabi SAW..

Air adalah makhluk unik , kerana setiap kejadian alam ada kebaikannya untuk manusia.Cukup banyak disebut dalam Al-Quran serta di aplikasi oleh Rasulullah SAW.Itu keyakinan kita secara syariatullah. Bagaimana kita menggunakan kekuatannya sebagai elemen fizik, itu perlu di kaji dalam penyempurnaan sunnatullah..

KEMULIAAN AIR DAN KESEIMBANGAN ALAM

Air adalah makhluk dan hamba Allah, dan setiap hidupan dijadikan permulaannya dengan air. Air akan taat pada arahan mereka yang taat pada Allah seperti kisah Saidina Umar yang memerintahkan Sungai Nil mengalir secara bertentangan arah (vibration). Ini disebabkan air mempunyai gelombang yang bertindak mengikut niat kita.

Air adalah asal kejadian dan penciptaan semua unsur hidup di bumi. Permulaannya adalah air dan pengakhirannya juga adalah air. Dan air yang baik adalah air yang mengalir,bukannya yang kaku dan bertakung yang memberi implikasi negatif pada persekitaran. Manusia dijadikan dari unsure tanah yang merupakan unsur mati, lalu untuk menghidupkannya unsur angin dan air diperlukan.Air dan angin adalah unsur bercas negatif (electron) yang diperlukan untuk menwujudkan getaran bila bertembung dengan unsur tanah yang bersifat positif (proton).

Keseimbangan adalah perkara penting dalam kehidupan..

Peratusan air dan daratan yang dinukilkan Al-Quran cukup bersifat saintifik. 32 kali disebut tentang lautan dan 13 kali tentang daratan. Jika dikira peratusan nisbahnya, hasilnya peratusan air ialah 71.111% dan peratusan tanah 28.888%. Bahkan dalam badan manusia terdapat 71.11% unsure yang bersifat cecair. Secara sunnatullah, syariatullah patut di teguhkan keyakinannya.
Bumi juga diseimbangkan dengan kewujudan Kutub Selatan (Antartika) dan Kutub Utara (Artik) dimana ia akan mengimbangi suhu bumi yang dasarnya amat panas.

RAHSIA WUDHU’

b0353.jpg

Rasulullah SAW mengajar kita kaedah perawatan mengikut air. Makin kerap kita menggunakan air, makin baik untuk kesihatan badan. Mengambil wudhu secara konsisten sebanyak sekurang-kurangnya 5 kali sehari akan mengimbangi haba dan aura yang buruk tidak akan menyelubungi persekitaran tubuh kita. Kekerapan berwudhu dan mandi akan menyegarkan badan dan mengimbangi suhu badan supaya secara berterusan stabil.

AIR PEMBERSIH TENAGA KOTOR

Dalam realiti kehidupan moden kini, kita sebenarnya terdedah dengan pelbagai bentuk gelombang. Ada yang baik, tidak kurang juga yang buruk. Ia bersifat ghaib atau visual yang memberi implikasi radiasi pada diri kita. Cukup merbahaya. Simptomnya datang dalam diam.

Campuran dan pencemarann tenaga dengan alatan elektrik dan elektronik boleh diukur dengan alatan moden. Disebabkan itu, kecanggihan ini perlu ada kawalan. Tidak boleh terlalu bebas dan overload penggunaannya.Oleh kerana gelombang atau tenaga tidak dapat dimusnahkan, tetapi ia boleh diputuskan.Caranya yang paling sesuai ialah menggunakan air, kerana itu wudhu 5 kali sehari adalah praktikal kesihatan yang efektif untuk menyahkan segala tenaga kotor yang ada. Cukup saintifik amali ibadah bernama wudhu’ ini.

Air boleh merakam mesej.

Ini kerana air mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia akan merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam badan melalui niat.Dr Masaru Emoto dalam pengkajiannya tentang sifat air boleh merakam telah membuat eksperimen terhadap air. Ada air diletakkan dalam bilik bermuzik heavy metal, ada yang diletakkan soft muzik (sentimental), dan ada yang diucapkan dengan perkara baik. Hasilnya apabila molekul air tersebut diperhatikan di bawah mikroskop berkuasa tinggi, bentuk molekul yang tersusun dapat dilihat pada air yang diungkap dengan perkataan yang baik. Manakala, yang didedahkan dengan muzik rock akan kelihatan buruk dan molekulnya tidak stabil. Beliau juga membandingkan molekul air zam-zam dan air yang lain, ternyata molekul air zam-zam memancarkan susunan molekul berbentuk Kristal yang bersinar.Subhanallah..

Kesimpulannya, air dapat merakam kata yang baik mahupun buruk, dan yang pasti badan kita dipenuhi oleh untuk cecair yang akan terbentuk molekulnya berdasarkan apa yang kita ungkapkan dan yang kita dengar. Jadi, perhatikan apa yang anda ucapkan dan apa yang anda lakukan.

 pic1.jpg

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (99: 7-8)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 29, 2008 by in Sains Islam.
%d bloggers like this: