Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Warna Diri Daei & Mad’u

color_webbox_lrg.jpg

ANDA PARA DAEI ! APA WARNA DIRI ANDA?

“Saya tak reti la nak ‘masuk’ dengan budak kelas saya, diorang ni payah skit nak dakwahkan, ade ke patut kata saya ni mat skema”.Rungut seorang daei di sebuah kampus.

“Pening saya,ade ke saya di katakan emosional,pada hal saya rasa saya ok je, entahlah sahabat2 saya ni,tak paham betul!” Bentak pendakwah muda di satu institusi tinggi.

Begitulah serba sedikit rencah dalam dairi seorang pendakwah,rungutan mula muncul apabila berdepan dengan kerencaman sikap manusia yang terkadang kala menaikkan kemarahan.Namun,bagi pendakwah itulah bayaran yang perlu dibayar apabila terjun dalam medan pengislahan umat kini. Manusia rencam dan complicated …

Secara umumnya, manusia boleh dibahagikan mengikut warna diri yang berbeza. Pelajaran yang saya kutip dalam pengajian ilmu Color Vibration Therapy (CVT) membahagikan warna diri kepada empat bahagian utama iaitu Putih ,Merah Jambu ,Hijau dan Biru. Setiap manusia secara azalinya telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan warna dirinya yang tersendiri dan ekslusif.Dan warna tersebut diterjemahkan dengan sifat semulajadi individu tersebut.

Warna putih melambangkan Spiritual atau sifat kerohanian, manakala merah jambu (pink) melambangkan Emotional. Hijau pula melambangkan mental dan biru melambangkan fizikal. Jika di lihat dari sudut seerah Nabawiyyah keempat2 warna ini diwakilkan melalui empat khulafa’ arrasyidin dizaman Nubuwwah.

Putih dinisbahkan kepada Saidina Abu Bakar r.a , merah jambu dinisbahkan kepada Saidina Umar alkhattab r.a, manakala hijau dinisbahkan Saidina Uthman Ibn Affan r.a dan biru mewakili warna Saidina Ali r.a. Kita maklum bahawa keempat sahabat terutama Nabi SAW ini mempunyai karakteristik yang berbeza dan masing-masing menampakkan competitive advantages yang tersendiri. Malahan, kisah mereka juga dapat menonjolkan sifat dan sikap peribadi mereka sebagai qudwah hasanah kepada umat Islam.

Dalam dakwah kegagalan mengenali diri sendiri sebagai pendakwah dan sasaran (mad’u) akan menatijahkan mekanisme dan pendekatan yang kurang efektif. Kerana itu Dr Abdul karim Zaidan dalam buku Usuul adda’wah menekankan tiga arkanuddakwah ini di fahami dan diperkemasi oleh para daei.Kenali diri dan mad’u anda! Begitulah mungkin penekanan yang hendak disebutkan oleh Dr Kareem Zaidan.

bh00046.jpg

Dengan memahami warna diri dan mad’u anda akan mencari titik keserasian atau paling tidak membina titik homofili bersama mad’u. Bahkan ianya tidak terungkai dari tiga penekanan dalam institusi usrah iaitu TAARUF (kenal),TAFAHUM (faham) dan TAKAFUL (Bantu). Bagaimana nak faham kalau tidak kenal, dan bagaimana nak tolong kalau tidak memahami?. Natijah memahami sifat seseorang akan menyebabkan kita matang dalam melayani kerenah dan mampu mengawal sifat negatifnya dengan memberikan rangsangan optimistic dalam minda para mad’u tentang kesyumulan manhaj Islam.

Namun,bagi para daei sifat yang selayaknya perlu disediakan dalam diri, bahkan keempat-empat warna itu sesuai digabungjalinkan dan dipraktikan mengikut masa dan tempatnya. Ada masanya emosi perlu disertakan, mental perlu diseimbangkan , ruhiyyah perlu diperteguhkan dan tenaga fizikal perlu diperkuatkan. Penggunaannya perlu sesuai dan sepadan dengan keperluan semasa, kerana itu daei perlu faham waqi’. Stephen R.Covey juga menyebut dalam karya masyhur: 7 Habits The Most Effective Person tentang sifat orang yang hebat antaranya “Seek to be understand then to be understood” (Baca: Cuba memahami sebelum mahu difahami).Dan itulah sifat yang perlu ada bagi daei!

Mengenali warna diri bermakna kita berusaha mengenali sifat dan sikap semulajadi serta sifat dominant yang ada dalam diri seseorang yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Ia sedikit sebanyak memberikan kita hint untuk mendekati sasaran dengan lebih efektif dengan memahami geraklaku dan tatakerja si mad’u.Dan itulah petanda awal kecemerlangan daei. Mengenali mad’u dengan betul ! Bahkan kita perlu mengenali kerenah dan perangai pelbagai lapisan masyarakat. Hayatilah Buku Thariqquda’wah : Baina Asaleh wal inhiraf ( Jalan dakwah antara keaslian dan penyelewengan) karangan Ust Mustafa Masyhur, juga kitab Aafaat Ala Thariq (Wabak sepanjang Jalan) karangan Dr Assayed Muhammad Noh dalam memahami gelagat (behaviour) dalam dakwah. Anda tentu akan mendapat sesuatu.

Ingatlah pesan Imam Hasan Al-Banna : Jadilah kamu umpama pepohon buah-buahan. Ia sering dilempar manusia barangan tiada berharga.Namun, diakhirnya dia (baca: pohon buah) itu akan menghasilkan buah yang akan memberi manfaat kepada makhluk. Apapun, doa saya kepada semua daei, teruskan tugas anda mengislah umat agar ia menjadi saham yang boleh dipersembahkan kepada Allah swt di akhirat kelak. Hidup ini sekali didunia maka nikmatilah ia dengan nikmat perjuangan Islam ! Ayuh kenali diri dan mad’u anda!

Ahmad Asyraf Shari

Rujukan :
1. Usuul Dakwah 1&2 (Dr Abdul Karim Zaidan)
2. Memperingati 100 tahun Hasan Al-Banna (Riduan Mohd Nor)
3. Jalan Dakwah Antara keaslian dan penyelewengan (Mustafa Masyhur)
4. Wabak sepanjang Jalan (DR Sayed Muhamad Noh)

3 comments on “Warna Diri Daei & Mad’u

  1. ct
    January 30, 2008

    assalamualaikum.betul lah ape artikel anta cakap ni.ana sendiri menghadapi cabaran camni sbb bdk serumah yang tak tutup aurat pon ana tak tegur cuma perli2 je,tapi dia wat dek je.kalo jalan dengan kawan ni pon kita pakai tudung yang labuh lah juga dia bole wat dek je.dia cakap kalo org nak tegur dia supya pakai tudung dia boleh terima tapi dia memang rasa tak nak pakai.kalo ikut usaha ana, mmg penuh satu tempat study kat uma ana lekat kebaikan bertudung, dosa pahala tapi dia setakat baca je lah.waaahuallam

  2. ulumcordova
    February 4, 2008

    Wassalam, ct. Tahniah pada ct kerana sudah mulakan turning point untuk memberiTAHU dan menyebarkan perkara yang hak. Pada saya, soal mereka terima atau tidak itu adalah kerja Allah, kerana dalam hal hidayah Allahlah yang berhak memberinya.Bahkan Rasulullah SAW pun tidak dapat memberi hidayah pada Abu Talib walaupun baginda cukup sayang pada ayah saudaranya itu.Cuma sebagai individu muslim,kita bertanggungjawab untuk menegur dan memandu mereka ke arah yang lebih baik. Usaha kita yang sedikit dan berterusan insyaallah akan memberi kesan pada kawan ct walaupun sedikit.Yang penting USAHA kita.Selebihnya serahkan padaNYA..

    Seek To Understand to be understood. Good Luck buat ct dan para daei lain! =)

  3. Che Ai
    February 11, 2008

    salam alaik…tak jemu baca blog ustaz. Banyak input n ilmu yg berguna. Apa pun, macam biasa, minta izin untuk print, edar n compile jd koleksi peribadi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 20, 2008 by in Tarbiyyah.
%d bloggers like this: