Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

1429 H : Memaknakan Makna Hijrah

kuasahijrah.jpg

1 Muharram kali ini untuk yang ke tahun 1429H, telah menukilkan satu lagi peristiwa penting yang tercatat kemas dalam kalendar Islam. Hijrah adalah peristiwa sinonim bagi permulaan kalendar Islam. Hijrah mendefinisikan satu proses perubahan, satu proses transaksi, satu proses islah wa tajdid.

Hijrah Rasulullah SAW juga membuka ruang paradigma strategis bernama Muhammad SAW. Abu Bakar dijadikan teman perjalanan yang jauh kerana nilai taqwa dan internal motivation yang tinggi, Saidina Ali diletakkan sebagai pengganti sebagai kaedah undercover, Abdullah Abu Bakar pula menjadi mata-mata dan informer untuk mengetahui perencanaan musuh, Amir Fuhaira’ disusun menjadi penghapus jejak dengan menghadirkan kumpulan kambing, dan juga tidak lupa Asma’ Abu Bakar sebagai pembekal makanan untuk survivor Rasul yang panjang ini. Namun, catatan penting ini jelas membariskan bahawa pembantu strategi dakwah ini adalah golongan syabab iaitu pemuda!

MISI DAULAH ISLAMIYYAH

Penyusunan Allah SWT cantik dalam perencanaanNya mengalahkan perencanaan musuh Islam yang berpusat di rumah Ubai bin Kilab,iaitu Darunnadwah untuk berkolektif membunuh Rasulullah SAW. Namun, paling penting hijrah mengajar kita untuk BERUBAH.Dari keadaan yang buruk kepada yang lebih baik. Pengajaran besar yang dibawa dalam peristiwa hijrah ialah penghijrahan Rasulullah SAW dalam misi membina sebuah negara Islam. Misi negara Islam ini dimulakan dengan Perjanjian Aqabah yang merupakan agreement penduduk Yathrib untuk meletakkan kepercayaan mereka kepada Rasulullah.

Penyempurnaan misi ini juga dilakukan dengan penghantaran duta Rasulullah SAW merangkap mentor yang menjelaskan tentang Islam kepada penduduk Yathrib iaitu Mus’ab Bin Umair. Perencanaan 2 tahun Rasulullah SAW nyata menjadi apabila penghijrahan Rasul mendapat sambutan hangat dari Kota Madinah Al-Munawwarah. Hasilnya,tertegak sebuah negara Islam berpelembagaan pertama didunia iaitu Madinah, yang menjadi turning point kepada era tahaddi Islam dimana Islam menguasai 2/3 dunia dizaman Umar Al-Khattab.

HIJRAH MEMBAWA PERUBAHAN

Teori perubahan menggariskan tiga peringkat perubahan iaitu unfreezing, change dan freezing. Unfreezing (Pencairan) iaitu mengganggu status quo dengan mengemukakan soalan secara provokatif. Change(Perubahan) ialah mengubah gelagat atau SIKAP apabila perubahan berlaku,perubahan bermakna membangunkan nilai, gelagat dan sikap baru. Manakala,freezing (pembekuan) ialah menginstitusikan kembali nilai, gelagat dan sikap baru. Hijrah Rasul adalah komentar penting dalam proses perubahan umat Islam. Jesteru, Umar Al-Khattab menerima cadangan sahabat apabila dicadangkan kalendar Islam ditandakan dengan tarikh penghijrahan Rasul bukannya tarikh penurunan wahyu mahupun tarikh kelahiran Rasulullah SAW.

Kisah Hijraturrasul adalah peristiwa bermakna dalam Islam, disanalah bermulanya calendar Islam, disanalah bermula titik tolak penubuhan negara berdaulat Madinatul Munawwarah, dan disanalah titik mula kepada Islam menjadi pemerintah bukan yang diperintah.

Hijrah satu keperluan ummah, tajdid perlu dijadikan pembudayaan ummah, supaya ummah tidak lesu di ulit sekularisme dan hedonisme yang mencacatkan pembangunan minda dan etika manusia yang sempurna. Yusuf Islam pernah menyebut “ Barat adalah umpama kapal yang menunggu masa untuk karam,tetapi ummat Islam terus berebut untuk menaiki kapal tersebut”.

Ubahlah paradigma kita dalam melihat sesuatu.Gunalah peta pemikiran yang betul, melihat isu dari sisi yang pelbagai, ubahlah Etika Personaliti kepada Etika Akhlak seperti saranan Stephen R.Covey dalam menghasilkan individu yang efektif. Koreksilah diri dan tingkatkan potensi diri!

Salam Maal Hijrah 1429H.

One comment on “1429 H : Memaknakan Makna Hijrah

  1. kiwi
    January 2, 2009

    bahagia nya bila hijrah ke arah kebaikkan berterusan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 10, 2008 by in Semasa.
%d bloggers like this: