Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Meniti Tahun Baru 2008M

20.jpg

Tepat jam 12.00 tengah malam 31 Disember 2007, seluruh rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia menyambut tibanya tahun baru 2008. Pelbagai ragam dalam meraikannya dapat diperhatikan, ada yang berdansa menari, berkonsert dan tidak kurang juga yang melaksanakan amalan kesyukuran dan memohon pengharapan tahun 2008 menjadi tahun optimis untuk berubah ke arah lebih baik. Tahun 2008 dijadikan tahun konstruktif setelah berlalunya 2007. Tirai 2007 telah dilabuhkan, hala tuju tahun ini perlulah disusun cantik untuk menjadikan masa yang mendatang sebagai masa yang memanfaatkan dan dimanfaatkan. Kemana hala tuju kita? Apa azam kita?

Begin With The End In The Mind.

Dalam kehidupan manusia, matlamat hidup dan tujuan hidup perlu jelas, kerana ianya akan memandu penghidupan seseorang. Stephen R.Covey mengklasifikasikan antara 7 tabiat orang yang efektif ialah mempunyai matlamat akhir yang jelas, sebelum memulakan sesuatu tindakan. Jika itulah yang dikategorikan sebagai orang cemerlang, seharusnya umat Islamlah yang menjadi manusia cemerlang. Kerana islam telah memberikan formula terbaik dalam menetapkan tujuan akhir kehidupan.

 

Konsep al-hasyr wal jaza’ (konsep pengumpulan di akhirat dan pembalasan) adalah internal forces yang bersifat tarhib yang kemas disusun rapi dalam formula Al-Quran. Bahkan kita perlu meletakkan konsep ‘Begin With the Death in the mind’, kita (umat Islam) hidup untuk mati, sedangkan orang bukan Islam hidup untuk dunia. Islam secara asasnya menggariskan 2 port folio utama manusia didunia iaitu :

1) Menjadi abid, bersifat mengabdi kepada Tuhannya.
pic5.jpg

 

 

 

 

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu (51:56)

2) Menjadi khalifah, pemimpin di muka bumi

pic6.jpg

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi(2:30)

Jelas, Islam telah menyusun kemas keperluan hidup manusia didunia, serta konsep pembalasan yang jelas ke akhirat kelak. Ia menghalakan hidup yang terarah dengan panduan Islam.Frank Tibolt didalam bukunya ‘A Touch Of Greatness’ berkata, “Biasanya orang berjaya dalam hidup adalah orang yang mempunyai matlamat yang jelas dan tidak pernah melupakannya dimana sahaja mereka berada”.

Bersihkan Jalan ke 2008.

Islam datang dengan visi dan misi suci serta mekanisme implementasi yang bersih dari unsur-unsur kemudharatan. Kita sebagai umat Islam hendaklah memahami konsep “Matlamat tidak menghalalkan cara” yang menunjukkan Islam suci secara falsafahnya berkenaan matlamat dan cara mencapai matlamat. Jangankan kerana niat yang betul, dihalalkan pelaksanaannya dengan cara atau konsep yang bercanggah dengan Islam. Islam berbeza dengan konsep Nichollo Macheavielli, ‘The End Justify the Mean’, asas kepada nilai kapitalis masyarakat kini. Justeru, pemanduan tahun baru 2008 ini perlu selaras dengan mekanisme pelaksanaannya.

Hindarkanlah budaya hedonisme yang cuba dan sedang disuntik masuk ke mantaliti dan jiwa para pemuda pemudi Islam sebagai senjata ghazwul fikr. Jiwa pemuda perlu terisi dengan modul pembangunan jiwa yang efektif, dan nilai kecintaan kepada Islam serta konsep Hari Pembalasan. Modul tarhib dan taghrib Qurani adalah pendekatan efektif dalam pembentukan jiwa manusia secara konsisten. Kerana melalui modul ini, manusia tahu bahawa baik buruk amalnya akan ditimbang tara walau sebesar atom (zarah) sekalipun. Lantas, mereka akan dikawal perbuatannya oleh modul Islam ini walau siapa pun mereka, sama ada pemimpin, penguatkuasa mahupun rakyat biasa. Inilah nilai internal controlling yang baik.

Sempurnakan dan tekadkan azam.


Bagi mereka yang meletakkan azam baru 2008, bangunkanlah jasmani dan rohani ke arah azam yang baik. Dan azam yang umum tentunya menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun lalu. Rasulullah SAW juga mengkatogerikan orang yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang cemerlang dan berjaya. Pelbagai orang pelbagai azamnya. Namun, yang penting dengan meletakkan azam baru sedikit menyuntik semangat juang untuk berubah, kerana berubah memerlukan pengorbanan. Pengorbanan dari sudut mantaliti lapuk dan lama yang merigidkan tindakan kita, adalah syarat untuk berubah. Berubah dari dalam dan dari diri sendiri adalah perlu kerana :

pic7.jpg

“ (balasan) Yang demikian itu, ialah kerana Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (8 : 53)

Susunlah pengisian tahun baru 2008 dengan serius supaya tahun ini akan bermula dengan azam baru,mantaliti baru,sikap baru. Kegagalan kita mengisi masa yang ada akan menjadikan kita menyesal di hari akhirat nanti.

Mulakan tahun 2008 anda dengan menetapkan matlamat dan gol yang jelas, perbetulkan saluran hidup kita, dengan sistem yang komprehensif kepada manusia,iaitu sistem Islam. Kerana Islam datang dengan kesempurnaan dan bersifat menyempurnakan.

Tingkatkan prestasi diri dan banggalah dengan nilai Islam dalam diri saudara sekalian!

Selamat Tahun Baru 2008M.

2 comments on “Meniti Tahun Baru 2008M

  1. hamasyie
    January 4, 2008

    terima kasih bnyok..
    banyok doh pahalo dio,sebab tulisan tu dah berlegar2 dalam UIAM as risalah berkala under DnT,Mahallah representative Council.
    pepun,keep writing!

  2. ulumcordova
    January 6, 2008

    Sama-sama hamasyie.. Terima kasih jugak sebab tolong sebarkan perkara hok bermanfaat ni. Jazakumullah khairan kathira..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 1, 2008 by in Semasa.
%d bloggers like this: