Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Korban, Sembelih dan Sains

pic4.jpg

Pengorbanan..

Peristiwa Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar…

Disusun cantik penceritaannya di dalam Kalamullah… itulah tanda pengorbanan hakiki, pengorbanan berteraskan pegangan yang shahih dan nilai self-actualization yang tinggi..

Hari raya qurban atau hari raya haji atau hari raya aidiladha.. cukup sinonim dengan acara qurban haiwan ternakan di mana-mana.Jika dikampung halaman saya,ianya cukup meriah bermulanya hari pertama iduladha,selepas selesai solat sunat iduladha,maka bertebaranlah umat Islam melaksanakan amalan mulia ini..

Qurban haiwan ternakan kini adalah simbolik penggantian Ismail a.s dengan kibasy..gantian setelah lulus ujian Allah dengan cemerlang, yang memancarkan ruh ubudiyyah yang jelas serta keyakinan yang jitu.Dan yang pasti ianya melibatkan penyembelihan kaedah islam.Namun,tahukah kita semua bahawa penyembelihan cara Islam adalah paling baik secara saintifiknya?

Percaya atau tidak? Mari kita kaji saintifiknya Islam..

Kaedah penyembelihan di Barat, menggunakan kaedah CBP (Captive Bolt Pistol Stunning).Kaedah CBP ini menggunakan pistol yang dimasukkan dengan peluru yang akan ditembak ke dahi haiwan. Ia ditembak dengan dua kaedah iaitu 1) besi yang akan merosakkan bahagian utama otak iaitu serebrum dan sereblum dan 2) sekadar untuk memberi gegaran kuat pada otak. Kedua-dua kaedah ini akan menyebabkan binatang pengsan sebelum disembelih untuk mengelakkan rasa sakit.

Kaedah penyembelihan Islam, menggunakan pisau yang tajam untuk memutuskan saluran pernafasan (trakea),saluran penghadaman (esophagus), pembuluh darah serta saluran darah di bahagian kiri dan kanan haiwan. Tidak boleh dipotong saraf tunjang di belakang leher haiwan. Pemotongan salur darah akan menyebabkan 1) darah melimpah keluar dengan banyak,2) menurunkan tekanan darah secara mengejut dan 3) sistem otak terputus dari oksigen dan glukosa. Ia akan menyebabkan haiwan terus pengsan tanpa kesakitan sebelum menggelupur beberapa saat selepas itu, yang terhasil disebabkan kehilangan oksigen di otak bukan kerana sakit. Tapi jantung masih mengepam darah kerana saraf tunjang tidak dipotong.

Adakah kaedah Islam atau Barat lebih saintifik?

Kajian telah dilakukan oleh Professor Wilherm Schulze dan Dr Hazim,menggunakan mesin EEG (electroencephalogram) dan ECG (electrocardiogram) yang digunakan untuk mengkaji perubahan pada otak dan jantung haiwan.Apakah hasilnya?

Kaedah Islam : bila haiwan disembelih, pada 3 saat pertama, EEG menunjukkan otak binatang berada dalam keadaan tidur nyenyak (deep sleep). Ini disebabkan pendarahan yang berlaku selepas penyembelihan. 6 saat kemudian, EGG mencatatkan nilai sifar (zero level). Ia menunjukkan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan.Namun,jantung masih mengepam darah dan mengeluarkan saki baki darah yang berada dalam badan haiwan. Ia akan menyebabkan daging menjadi segar dan tidak memudaratkan.

Keadah CBP : Walaupun haiwan pengsan,tapi EGG mencatatkan nilai yang tinggi menunjukkan haiwan mengalami kesakitan yang tinggi. Tambahan pula,jantung berhenti mengepam lebih awal, menyebabkan darah bertakung dalam daging menjadikan daging tersebut kuran berkhasiat.

Penemuan ini dilaporkan oleh Dr Aisha El-Awady di IslamOnline.net pada 2 Februari 2003 dalam artikel bertajuk : Is Islamic Slaughtering Cruel to Animals. Lihatlah penemuan sains yang jelas menunjukkan Islam memberikan manfaat kepada manusia, bahkan benarlah bahawa Islamlah adalah manhaj terbaik anutan manusia.

žpic3.jpg

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

 

The things and truth talk by itself!

Selamat Hari Raya AidulAdha 1928H.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 28, 2007 by in Sains Islam.
%d bloggers like this: