Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Teori Motivasi Maslow

2747.jpg

Pengurusan kejuruteraan (Engineering Management) adalah merupakan salah satu subjek saya semester ini. Dalam bab motivasi, saya ingin kongsikan satu teori motivasi yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow.

Maslow menyatakan dalam kehidupan manusia, kehendak dan keperluan manusia adalah mengikut peringkat peringkat keperluan. Manusia bermotivasi untuk berkehendak kepada keperluan peringkat rendah (lower order) seperti keperluan asas (physiological) dan keselamatan (safety). Pada peringkat, ia banyak dipengaruhi oleh faktor luaran dan persekitaran (external factor). Apabila sudah mencapai tahap ini, manusia berkehendak kepada keperluan tahap tinggi (high order) seperti keperluan bersosial (social), keperluan penghormatan (esteem) dan jati diri (self-actualization). Ia lebih didasari oleh faktor dalaman (internal factor). Mengikut teori ini,ia menyatakan manusia bermotivasi untuk memperjuangkan keperluan peringkat rendah (asas) sebelum ke peringkat tinggi dalam hieraki keperluan.

 



Bagaimana pula dengan motivasi yang terbina dalam diri para Nabi dan Rasul,serta pejuang Islam sebelum lahirnya teori ini? Adakah mereka menitikberatkan soal hieraki dalam memenuhi keperluan hidup? Apakah motivasi mereka sehingga mereka tahan cabaran, tidak takutkan ujian, tidak gerun ugutan manusia? Bagaimana dengan ketahanan ahli sihir Firaun yang diancam dari menurut ajaran Nabi Musa seperti dinukilkan Allah SWT dalam Surah Thaaha ayat 71-72? Mereka tidak lagi menghiraukan keperluan asas atau soal keselamatan, kerana mempunyai motivasi semulajadi. Apakah motivasi itu? Itulah motivasi ketuhanan atau Rabbaniyyah. Bila ayat surah al-an’am ayat 162 “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam” dijadikan prinsip, ia akan berjaya menimbulkan sumber internal yang kuat, dan self-confidence yang tinggi dengan prinsip yang dipegang itu. Tarikannya cuma satu iaitu SYURGA ALLAH. Inilah unsur taghrib terbesar Allah kepada manusia.

 

Para sahabat Nabi juga membuktikan Teori Maslow ini langsung tidak sesuai dengan mereka. Lihat sahaja semasa proses pemboikotan ekonomi selama tiga tahun di Mekah, umat Islam dalam riwayat Ibnu Ishak menyatakan hanya daun-daun dan pucuk kayu sebagai makanan. Namun adakah mereka tergugat dengan pendirian mereka? Tidak sama sekali kerana yakin dengan bantuan Allah dan janji Allah dalam surah Al-Hajj ayat 40 iaitu “Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. Cukuplah itu sebagai motivasi mereka.

Anda ingin bermotivasi? Binalah motivasi ketuhanan dalam diri anda, itulah sumber kekuatan para pencinta agama, nescaya anda tidak akan menyesal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 17, 2007 by in Motivasi.
%d bloggers like this: