Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Pemimpin Pilihanku

comc182.jpg

 

Sebuah monolog untuk pemimpin yang dihormati, ditaati dan disayangi rakyat..

 

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki,
Memakmurkan ummat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru hara,
Pemimpin membela nasib rakyatnya.
Pemimpin yang adil sifatnya amanah,
Mampu rasa susah rakyat rakyatnya,
Keadilan tiada pilih kasih pada siapa,
Kepentingan rakyat lebih utama,
Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya,
Kasih sayang terserlah diwajahnya,
Sombong dan takabbur tidak ada pada dirinya,
Rakyat hormat bukan takut padanya,
Pemimpin yang adil mengutamakan amanah,
Wang rakyat dan negara tidak disalahguna,
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya,
Rakyat disuruh mentaati Allah,

 

Terdapat pemimpin didunia ini,
Seringkali mencetus huru-hara,
Demi melindungi kepentingan dirinya,
Rela membiar rakyatnya derita,
Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya,
Melepaskan mereka dari seksa,
Akhlak yang mulia pakaian dirinya,
Rakyat taat dan sayang padanya,
Tuhan kurniakanlah pemimpin yang sejati,
Tuhan kurniakanlah pemimpin yang begini,
Tuhan kurniakanlah…
Lagu ‘Pemimpin Yang Adil’ oleh Kumpulan Hijjaz

 

 

Masih adakah pemimpin begini?Jika ada, siapa dia? Dimana pemimpin begini?

 

 

Jika Rasulullah SAW Perdana Menteri merangakap Presiden negara berpelembagaan Islam Madinah Munawwarah tidur hanya beralas dan beratap pelepah tamar, mengikat perut dengan batu demi rakyatnya.Jika di zaman Khulafa’ Arrasyidin, pemimpin 2/3 dunia Umar Al-Khattab pun sanggup tidur beralaskan pelepah tamar,adakah pemimpin begini di zaman globalisasi ini, di zaman materialisme kini?

 

Jika ada, siapa dia? Dimana pemimpin begini?

 

Tatkala pemimpin lain sibuk berkira-kira membina ‘mahligai’ atau dalam proses membina ‘istana’, pemimpin ini hanya tinggal di rumah kampung biasa yang sememangnya tidak membezakannya dengan rakyat walaupun beliau seorang Menteri Besar sebuah negeri.

 

Disetiap hari selepas subuh, beliau solat bersama-sama rakyat dan melayan kerenah kanak-kanak yang sememangnya sukakan beliau. Kanak-kanak dicium dan dipeluk tanda kasih-sayang yang hakiki.Tiada hipokrasi. Malahan, kekangan masa sebagai pemimpin tidak menghadkan beliau untuk melayan kehendak ibubapa yang mahu bercukur bayi mereka. Beliau dihormati bukan ditakuti.

 

Ingin berjumpa dengannya? Tak perlu appointment, pergi sahaja ke rumahnya. Insyaallah, kita akan dilayan sendiri oleh beliau, bahkan beliau lah juga yang menghidangkan makan minum tetamunya. Beliau senang dibawa berbicara, wajahnya ringan dengan senyuman, santun akhlak dan tutur katanya.Bahkan dengan usianya yang menjangkau senja, beliau masih bertenaga dan raut ketenangan wajahnya bisa mengubat hati yang gusar tatkala memandang wajahnya.

 

Tatkala pemimpin lain sibuk mengira-gira bonus, sibuk membuat proses tuntutan (claim), beliau pula memotong 40% gajinya untuk di masukkan ke dalam tabung rakyat, bahkan beliau menolak sebarang pemberian bonus kepadanya walaupun beliau berhak. Inilah pemimpin adil mengutamakan rakyatnya.Rakyat senantiasa diseru mentaati ALLAH, akhlak mahmudah menjadi pakaian beliau. Kemakrufan ditegakkan dan kemungkaran diperanginya.Al-Quran Assunnah menjadi asas perjuangannya.

 

Percaya atau tidak, namun itulah hakikatnya..

 

Itulah beliau, pemimpin adil berakhlak mulia YAB TUAN GURU DATO’ HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

 

Inilah pemimpin pilihan saya, anda pula bagaimana?

One comment on “Pemimpin Pilihanku

  1. ulumcordova
    December 10, 2007

    Assalamualaikum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 10, 2007 by in Tarbiyyah.
%d bloggers like this: