Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Proses Re-engineering Imej Mahasiswa

 

mission.jpg

Muqaddimah


Mahasiswa merupakan satu golongan yang mempunyai entiti penting dalam kelompok masyarakat dewasa kini yang perlu ditunjukkan halatuju yang jelas demi memastikan visi pembentukan sebagai golongan sofwatul muqtarah dalam masyarakat berjaya. Mahasiswa disignifikankan dengan golongan pemuda-pemudi yang terbukti sebagai harapan negara dan bangsa dimasa depan. Rasulullah saw didokongi oleh golongan syabab dalam menelusuri perjuangan dan mereka merupakan golongan intelligent yang berhati bersih dan berakhlak mulia. Seharusnya mahasiswa memerlukan imej tersendiri sebagai internal force masyarakat yang dipercayai masyarakat sebagai pewaris kepimpinan negara.

Kata keramat Pak Soekarno sebagai refleksi kepada keteguhan jiwa pemuda adalah melalui ucapan masyhurnya: “Berikan aku 10 mahasiswa/pemuda yang benar tegar fisikal dan mindanya, akan kugegarkan dunia dengan pemuda-pemuda ini”

Faktor pendesak ‘re-engineering’ imej mahasiswa


• Kebejatan akhlak mahasiswa yang membimbangkan. Keruntuhan nilai moral dan akhlak tidak hanya menghantui belia yang tidak terpelajar tetapi turut terbelenggu kepada laman intelektual mahasiswa masa kini.
• Indoktrinisasi mahasiswa menjadi robot yang hanya di atur mantalitinya sebagai workers bukan sebagai ahli masyarakat yang bersosial dengan suasana sekeliling. Ianya menyebabkan universiti hanya menjadi pusat pembentukan pekerja yang tiada nilai sosial, nilai akhlak yang cetek dan tidak bertindak sebagai agen perubah masyarakat.
• Ketidakpercayaan masyarakat kepada mahasiswa sebagai jurubicara umat kerana ketandusan isu,idea dan kontang karisma kepimpinan menyebabkan masyarakat mula memandang enteng sumbangan yang bakal diberikan kepada masyarakat dan negara dimasa hadapan.
• Nilai adab dan tatasusila yang kian meruncing dikalangan mahasiswa terhadap lapisan masyarakat seperti pensyarah, ibubapa dan rakan taulan. Pengaruh hedonisme melampau memburukkan lagi proses pembentukan nilai berasaskan budaya ketimuran dan akhlak islamiyyah.

Keseimbangan IQ,EQ dan SQ


Peri pentingnya keseimbangan ketiga-tiga elemen kecerdasan manusia ini iaitu intellectual quotient (IQ), Emotional quotient (EQ) dan spiritual quotient (SQ) adalah sebagai sumber penampilan imej yang seharusnya dominan dalam kehidupan golongan intelek (mahasiswa) kini. Apa itu IQ,EQ dan SQ?
• Intellectual quotient merujuk kepada kemampuan intelek,analisa, logik dan rasional. Contoh penggunaan IQ ialah dalam pengiraan matematik , 2+3=5.
• Emotional quotient merujuk kepada kemampuan mengesan emosi yang dirasai oleh diri sendiri dan orang lain.Contoh penggunaan EQ ialah memahami perasaan bosan apabila berkomunikasi,dapat mengawal perasaan dalam keadaan tertekan.
• Spiritual quotient merujuk kepada kemampuan memberi makna hakiki (ultimate meaning) kepada setiap tindakan dan pengalaman.Contohnya mengaitkan tuhan dengan amalan seharian (konsep ibadah).

Bagi mahasiswa, seharusnya ketiga-tiga elemen ini dapat diserap dengan penekanan dan pemusatan difokuskan kepada SQ yang bertindak sebagai tunjang kepada IQ dan EQ dalam hidup manusia khususnya pada golongan mahasiswa ini.Namun, mutakhir ini mahasiswa hanya mementingkan unsur IQ yang berjumlah 6% dalam proses pembentukan peribadi manusia sedangkan 94% EQ dan SQ diabaikan.Mereka hanya diuji IQnya melalui peperiksaan lantas menjadikan fokus pembelajaran mereka hanyalah untuk skor didalam peperiksaan,tidak lebih dari itu. Secara tidak langsung,tidak berlaku keseimbangan untuk IQ,EQ dan SQ dalam kehidupan kebanyakan mahasiswa mutaakhir ini. Kita melihat sebenarnya SQ yang menjadi pusat minda dan berkisar tentang hablummillah (hubungan dengan Allah) yang menjadi gesaan agama yang ada didunia supaya kembali kepada Tuhan. Tidakkah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang? Disanalah tergabung jalinnya unsur IQ,EQ dan SQ ini. Lihatlah pada sejarah agung Salahudin Al-Ayubi yang dapat diambil ibrah dari kisahnya yang mengabungkan ketiga elemen ini. Kebijaksanaannya menyusun strategi perang adalah refleksi dari dari IQ yang strategis,sifat prihatin dan belas ehsan kepada musuh iaitu Raja Richard adalah dari emosinya dapat dikawal dengan baik (EQ) dan pertautan hatinya di malam hari bermunajat memohon pertolongan Allah adalah asas SQ yang cemerlang. Inilah resepi pejuang di jalan Allah sepanjang zaman.

Mahasiswa zikir dan fikir
Penyempurnaan ketiga elemen adalah bergantung kepada methodologi zikir dan fikir yang perlu diadun serentak kearah mahasiswa intelek beretika. Apakah zikir? Ia merujuk kepada membaca,memahami,dan mengambil iktibar serta ‘ibrah secara langsung dari ayat-ayat maqruah iaitulah Al-Quran. Manakala fikir difahami sebagai melihat,merenung,dan berfikir tentang ayat manzurah (alam dan ciptaan Allah).

Mahasiswa fikir-zikir perlu dibentuk supaya mereka menjadi golongan yang matang siasah,bijak berstrategi tanpa melupakan pergantungan harap pada Khaliq.Inilah krisis yang menimpa mahasiswa dewasa kini,krisis identiti dan pembentukan jatidiri. Inilah formula ilmuan Islam yang tawazun antara tuntutan hablummillah wa hablumminannas.Tauhidullah menjadi asas yang membolehkan falsafah tarbiah islamiah dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang menunjukkan dengan ‘fikir’ manusia sebagai khalifah akan dipimpin oleh ‘zikir’nya sebagai hamba.Pengembalian mahasiswa kepada Islam melalui method zikir-fikir memungkinkan mahasiswa memfokuskan kembali falsafah asal penubuhan universiti sebagai medan cambahan minda dan pembentukan individu. Dengan zikir menjadikannya senantiasa tahu tujuan hidupnya iaitu ‘abid dan dengan fikir ia ingat tentang tujuan hidupnya sebagai khalifah. Firman Allah swt :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” (Az-Zariyat:56)
Juga telah berkata Imam Mawardi:Bangunkan agama dan bersiasahlah (tadbirlah) dunia dengannya.Kedua-duanya memerlukan elemen fikir dan zikir yang perlu digabungjalin untuk diaplikasikan dalam hidup mahasiswa kini.

Budaya Ilmu Yang Tawazun


Pembentukan mahasiswa zikir-fikir juga bergantung kepada content yang perlu difahami dalam bidang keilmuan.Keseimbangan didalam penguasaan ilmu iaitu ilmu wahyu (revealed knowledge) yang merujuk kepada pembangunan insaniah serta modal insan dan penguasaan ilmu aqliah (aqquired knowledge) yang merujuk pembangunan kemajuan (sistem hidup).Contoh terbaik individu seimbang dalam kedua-dua ilmu ini ialah Nabi Muhammad SAW. Kehebatannya dalam pelbagai bidang yang memerlukan kepakaran seperti peperangan, perniagaan, motivasi, kepimpinan,ilmu kekeluargaan dan sebagainya seimbang dengan ilmu wahyu ajaran Jibril as kepada baginda. Disebabkan faktor inilah Rasulullah saw diiktiraf di Barat (Micheal J.Hart) dalam bukunya ‘100 the most influented person in the world’ meletakkan Rasulullah saw berada diranking yang pertama. Pensegmentasian mengikut bidang kepakaran (specialist) tanpa dikukuhkan dengan tunjang utama iaitu agama menjadikan mahasiswa tumpul daya saing,kurang prihatin pada isu semasa dan tiada kesedaran sebagai pendakwah kepada masyarakat. Spesifikasi mereka hanya berlegar disekeliling bidang yang diceburi,tiada added value yang berjalan seiring memandu hala tuju hidup bakal graduan ini.Jurutera dengan dunia pembinaannya, doktor dengan dunia perubatannya, peguam dengan dunia kata-kata dan faktanya semata-mata. Isu protaz (profesional ustaz) atau ulama’ profesional perlu diperhalusi oleh institusi pendidikan dewasa kini.Ia dilihat sebagai satu peluang kita untuk memajukan negara yang dibarisi individu dan kelompok yang beretika dan berakhlak selaras dengan tuntutan Islam. Ikrar harian dalam solat perlulah difahami falsafahnya “Sesungguhnya solatku,ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah ,Tuhan semesta alam”, sebagai tanda taabudiyah kepadaNya dan sebagai motivasi harian manusia supaya tekun berusaha keranaNya.

Kesimpulan

Sesungguhnya elemen yang dibincangkan didalam kertas kerja ini,elemen 3 Quotient (IQ,EQ,SQ),konsep fikir-zikir dan keseimbangan ‘revealed-aqquired knowledge’ memerlukan praktikal dari semua pihak yang terlibat dalam misi pembentukan mahasiswa.Ia hanya akan bersifat terlalu idealistik jika ianya hanya dibincang tanpa diambil serius dan diimplementasi oleh pihak terlibat.Seharusnya pembentukan mahasiswa yang menjadi aset masyarakat haruslah digerakkan oleh mahasiswa yang berkesedaran dan faham tentang halatuju sebenar institusi tinggi dinegara kita.Ianya memerlukan tenaga bersama (kolaborasi) antara mahasiswa supaya bergerak didalam satu barisan (jamaah/team) untuk mengangkat kembali martabat tenaga mahasiswa yang disanjungi satu ketika dahulu.Ini kerana tenaga kolektif membawa keberkatan dan kemenangan.Ayuh bangun mahasiswa!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 28, 2007 by in Kampus.
%d bloggers like this: