Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Daei dan Kefahaman Waqi’ 2

NABI SAW INSAN MEMAHAMI WAQI’

Rasulullah SAW pernah bersabda : “ Kalau bukan kerana kaum kamu yang baru saja keluar dari masa jahiliah nescaya akan ku ubah Kaabah itu,dan aku lekatkan kebumi (pintu kaabah) dan aku jadikan baginya dua pintu iaitu pintu yang manusia masuk daripadanya dan pintu yang manusia keluar darinya”. ( Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw meninggalkan perkara tersebut kerana keutamaan tidak melakukannya adalah lebih utama dalam situasi orang Quraisy yang baru saja memeluk Islam.Jika Nabi saw melakukan juga ,nescaya Quraisy akan lari dari Islam.Keluarnya Quraisy dari Islam adalah mafsadah diatas maslahah yang hendak diteguhkan.Rasulullah meraikan pandangan umum dalam perkara yang tidak menggangu amal yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Penetapan suatu tindakan mesti memerhatikan suasana dan mengambil kira waqi’ adalah berlandaskan kaedah fiqh iaitu :

” Adat (kebiasaan) itu boleh ditetapkan sebagai hukum”.

Melalui kaedah ini, meraikan dan mengambil kira pandangan umum setempat merupakan salah satu dari dasar-dasar Islam.Pandangan yang diraikan adalah yang tidak bertentangan dengan syariat islam. Jika ia melanggar syariat Islam,maka ianya akan tertolak.

BAGAIMANA MEMAHAMI WAQI’

Dalam kemahiran fiqhul waqi’ keperluan seorang daei itu termasuklah AL-FAHMU yang jelas dalam islam (perkara thawabit dan mutaghayyirat), mengkaji uruf setempat dan budaya masyarakat, melihat peluang dakwah dari pelbagai sudut dan method. Dalam buku Risalah Usrah karangan Abu urwah menyatakan duat perlulah mempunyai basiran naqid atau pandangan tajam dalam memberi pendapat untuk mengeluarkan dirinya dan harakah dari kekeliruan yang berlaku dalam realiti. Duat yang mempunyai basiran naqid akan membantu medan dakwah dalam menghadapi rintangan dan cabaran dalam waqi semasa. Kefahaman yang jelas tentang dasar-dasar dalam Islam akan menjadikan seseorang daei itu jelas matlamat dan halatujunya tanpa mudah dirungkai oleh cabaran realiti semasa. Maka Islam yang perlu difahami ialah islam yang syumul yang terangkum dalam 3 bidang utama iaitu : AQIDAH , FEQAH (SYARIAT) dan TASAWWUF (AKHLAK),juga termasuk memahami rubu’ dalam feqah iaitu Ibadah, Jinayat, Muamalat dan Munakahat.< Bagi seorang daei yang ingin memahami waqi’ perlu mengenali dan memahami konsep maslahah dan mafsadah serta mempunyai kefahaman dalam memilih iaitu Fiqh Al-Aulawiyyat dan Fiqh muazzanat. Dalam erti kata yang lain, kedua-dua fiqh ini perlu digabungjalin dan berkolaborasi dalam kefahaman untuk memahami realiti semasa.

PENUTUP

Dr Yusuf Qaradawi dalam Bukunya ” Kewajipan Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru” menyarankan peri pentingnya seorang daei mempunyai kemahiran dalam fiqhul waqi’. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah menyebut ”Berbicaralah dengan orang ramai tentang hukum mengikut tahap dan taraf yang mereka bicarakan.Malahan kita melihat ramai tokoh mujtahidin yang membuat perubahan hukum kerana perubahan masa,perubahan maslahah dan perubahan uruf. Kerana itu kita melihat fatwa yang dikeluarkan cepat berubah disebabkan perubahan pada waqi’ itu sendiri. Ibnu Qayyim juga menekankan perihal waqi ini dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in. Secara umumnya,dapatlah kita fahami dalam kepelbagaian dan kecelaruan umat kini, para daei seharusnya memahami suasana kini dan berusaha menjadi formula terbaik dan mekanisme terbaik dalam memastikan para mad’u yang disasarkan semakin dekat dan cintakan Islam,bukan semakin menjauhinya kerana kegagalan para daei dalam memahami apakah itu Fiqhul waqi’.

RUJUKAN

1.Risalah usrah Jilid 3 : Abu Urwah

2.usul dakwah : Dr Abdul karim Zaidan

3.Sirah Nabawiyyah : Tn Guru Nik Abdul Aziz

4.KewajipanMenguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru : Dr Yusuf Qaradawi

5.Kewajipan Generasi Muda Islam Kini : Dr Yusuf Qaradawi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 5, 2007 by in Tarbiyyah.
%d bloggers like this: