Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Daei Dan Fiqhul Waqi’ 1

 240604.jpg

 

DAIE DAN DAKWAH

“ Dakwah?Malaslah nak berdakwah. Dakwah bukannya kerja saya. Lagipun saya mana layak berdakwah, ilmu tak cukup”.

Seringkala rungutan ini diluahkan dari individu ISLAM yang mempunyai tanggungjawab dakwah pasca sekularisme ini, kerana banyaknya hambatan fikrah anti-Islam menyusup masuk ke minda umat islam terutamanya anak muda kini. Kerana itu, Syeikh Saad Al-Jubair menyebut : Jika sekiranya semua orang mengatakan dirinya tidak layak berdakwah,nescaya tiada seorang pun akan berdakwah. Namun benar, dalam berdakwah seseorang itu perlulah mempunyai dua ciri asas iaitu AL-AMANAH dan AL-QUWWAH.

Dr Abdul Karim Zaidan menjelaskan dalam bukunya Usul dakwah tentang rukun dakwah ada tiga iaitu daei (pendakwah, pengajak), mad’u (sasaran, market) dan maudhu’ (kandungan dakwah). Rangkaian bertiga ini adalah modul asas dalam dakwah Ilallah,disamping sikap daei “Seek understand then to be understood”. Slogan ”Win-win situation” perlu dijadikan sandaran amalan berdakwah bagi seorang daei. Dakwah adalah MENGAJAK kepada Islam yang syumul,caranya berHIKMAH dengan kefahaman yang jelas tentang waqi’.

MEMAHAMI SUASANA

Waqi dalam bahasa mudahnya diistilahkan sebagai suasana semasa, kondisi setempat dan yang berkaitan dengan masa dan tempat kini. Daei perlu memahami waqi’. Kenapa? Rasulullah SAW adalah insan yang cukup memahami waqi’ kerana itulah dakwah nabi terbahagi tiga fasa yang jelas kena pada masa dan tempatnya iaitu: ta’sis, infitah dan tahaddi. Iskandar Zulqarnain diberi al-Quwwah oleh Allah SWT untuk memahami waqi walau kemana beliau pergi.Beliau mampu memahami bahasa hampir kesemua kaum yang beliau takluki (baca: payungi) walaupun ia terletak jauh di pedalaman contohnya bangsa yang diganggu Yakjuk makjuk.Pembacaan yang tepat tentang kondisi semasa penting dalam pembentukan manhaj dakwah seseorang daei yang strategis. Saidina Umar menyebut ” Sesungguhnya Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliah”. Hakikat jahiliah disini adalah manhaj jahiliah yang sama jalan ceritanya (dasar,prinsip yang sama) dan karakternya yang berbeza perlu difahami mengikut zaman supaya kita tidak tertipu dengan helah dan taktik kotor musuh Islam.

MENGAPA FAHAM WAQI’ PENTING?

Kefahaman yang perlu jelas dalam diri setiap individu yang bergelar daei adalah menjawab persoalan mengapa memahami waqi itu satu elemen penting dalam jalan dakwah? Antara sebabnya ialah :Pendakwah yang berjaya dulu,dan sebelum ini seperti Nabi SAW, Hasan Al-Banna, adalah ”engineer” akhlak yang amat memahami hakikat islam dan suasana zaman,dan tempatnya.Ia menjadi formula kepada mereka yang sesuai diambil ibrah kepada para daei pasca modernisasi kini.

Waqi mematangkan daei dan perancangannya.Perancangan (planning) dan implementasi yang mengambil kira unsur uruf dan waqi’ akan menjadikannya lebih membumi dan praktikal sesuai dengan tempat tersebut.Lihat sahaja contoh Nabi SAW semasa perang khandak, rasulullah bertindak mengarahkan sahabat baginda untuk mengali parit sebagai strategi perang. Ia sememangnya diluar jangkaan musuh kerana stail peperangan begitu tidak pernah digunakan di Tanah Arab.Namun, ianya adalah teknologi perang Parsi yang bertindak sebagai kematangan strategi perang yang mengambil kira unsur kebiasaan dan maslahah.

Memahami suasana mengelakkan kegopohan (isti’jal).Dengan perancangan dan time frame yang jelas, sasaran dan matlamat dakwah dapat dicapai dan dilaksanakan step by step (marhaliyyah) supaya tidak terjadinya budaya kegopohan dalam berdakwah. Dakwah menekankan tiga unsur penting iaitu taaruf (know), tafahum (understand) dan takaful (help and collaborate). Ia juga perlu melalui proses pemeringkatan iaitu taarif, takwin dan tanfiz.

(BERSAMBUNG)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 29, 2007 by in Tarbiyyah.
%d bloggers like this: