Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Angkasawan Pertama Dari Malaysia

angkasawan.jpg

Tarikh 10/10/2007 tepat jam 9.21malam (waktu Malaysia), Malaysia menempa sejarah apabila angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muzaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berlepas ke ruang angkasa melepasi atmosfera dunia dan tinggal di orbit bumi melaksanakan kajian saintifik tentang kanser dan HIV selama 10 hari. Sheikh Muzaphar akan menetap di International Space Station atau Pusat Angkasa Antarabangsa (ISS).Ia menjadi tarikh bermakna buat rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Penerokaan ke angkasa lepas membawa misi opitimistik dan futuristik negara dalam sains dan teknologi. Menimbulkan sifat teruja rakyat Malaysia, namun apa sikap atau apa mantaliti kita terhadap penerokaan. Cukupkah dengan bangga? Dan teruja? Seharusnya nilai kesungguhan dan kesabaran calon-calon angkasawan Malaysia dicontohi untuk memastikan misi dan visi Malaysia Gemilang berjaya. Itu lebih bermakna. Apapun tahniah untuk Dr Sheikh Muzaphar Syukor dan juga Kapten Dr Faiz yang berjaya menggalas harapan negara ke kemuncak gemilang!
Malaysiaku Gemilang!

ANGKASAWAN PERTAMA DIDUNIA

Jika ditanya siapa merupakan angkasawan pertama keluar dari orbit dunia, maka nescaya ramai yang menjawab angkasawan Amerika Syarikat atau Rusia seperti Neil Amstrong atau Yuri Gagarin menjadi icon kepada dunia penerokaan angkasa.

Namun, lupakah kita… Lebih 1400 tahun dahulu..


Seorang hamba Allah bernama Muhammad bin Abdullah SAW telah meneroka alam melangkaui zaman. Bukankah baginda lebih layak dinobatkan sebagai ANGKASAWAN PERTAMA DI DUNIA? Sudahkah kita lupa penerokaan ini telah dinukilkan dalam manual perjalanan manusia di dunia didalam surah Al-Isra’ yang berbunyi :

1. Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

JET ‘BURAQ’ KELAJUAN MERENTAS MASA

Jika Dr Sheikh Muzaffar, meneroka angkasa menaiki Soyuz TMA-11, Baginda SAW menaiki jet peribadi bernama ‘Buraq’ yang membawa Nabi SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan kelajuan menakjubkan. Dan penerokaan baginda diteruskan ke lapisan-lapisan langit melangkaui orbit bumi dan melalui alam metafizik yang berada diluar jangkaan manusia.Disepanjang perjalanan, pelbagai assessment dan survey yang telah dibuat oleh Nabi SAW, dilihat syurga neraka natijah akhir kehidupan manusia, seksaan pada yang derhaka, bahkan berdepan cabaran godaan dunia yang bertongkat dua. Diakhir penerokaan ini, Baginda SAW menjadi satu-satunya makhluk yang layak merentas ke Sidratul Muntaha, membataskan had Jibril a.s sebagai peng’escort’ Nabi SAW.

Dipenghujung perjalanan tersebut,Nabi SAW telah peroleh satu agreement taqwa umat Islam iaitu solat 5 waktu setelah dikurangkan dari nilai asal 50 waktu. Satu penemuan baru, satu tuntutan baru, satu indicator iman yang baru, satu amanah baru terpikul. Kewajipan solat yang tidak ditetapkan kepada umat lain selain ummat Muhammad. Sebanyak-banyak penghargaan kita ungkapkan kepada Rasulullah SAW, berselawat kepada baginda!

PENDARATAN DI ISS

Dr Sheikh Muzaffar dijangka akan mendarat di Pusat Angkasa Antarabangsa atau International Space Station (ISS) dalam proses kajian sel di angkasa lepas.Keberadaan beliau disana menggalas misi penting negara merupakan turning point kepada penerokaan bidang aerospace dengan lebih mendalam.

Jika di banding dengan penerokaan Nabi Muhammad SAW juga membawa misi besar ummah yang menguji keyakinan dan iman umat Islam pada ketika itu. Penceritaan baginda diterima dan ditolak sebahagian umat Islam, menjadi pembeza antara keyakinan Abu Bakar assiddiq dan golongan munafiqun. Pendaratan baginda di arasy Allah SWT semata-mata untuk mendapatkan anugerah ‘Solat’ merupakan eksperimen terbesar Allah SWT terhadap ketundukan manusia kepadaNya.Ini misi yang besar! Yang mustahil digalas makhluk lain kecuali Muhammad SAW. Jesteru, anugerah ini tidak boleh di perkecilkan dan ia hendaklah disempurnakan.

Yang pasti Angkasa ALLAH sentiasa terbuka luas untuk manusia terokai, untuk manusia ambil iktibar,alam besar yang taat berada diorbit mengikut aturan Tuhan harus dipelajari oleh manusia,alam kecil yang terkadang kala sentiasa tergelincir dari orbit agama yang telah disusun cantik oleh Tuhannya,ALLAH SWT…

2 comments on “Angkasawan Pertama Dari Malaysia

  1. Nisha
    September 15, 2008

    im proud of u, dr.sheikh muzafar!
    U r a example that not only neil armstrong could do it, but malaysians can do it!
    you are great and u r handsome too!
    Malaysia Boleh

    Love,
    Sincerely Nisha

  2. fArHaNa
    October 16, 2008

    SAYA BANGGA DENGAN KEJAYAAN DR,WALAUPUN RAMAI YG MENYATAKAN BAHAWA PENGHANTARAN ANGKASAWAN KE ISS ITU MEMBUANG DUIT KERAJAAN ,TETAPI TIDAK KEPADA SAYA…MALAH BANYAK YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA ITU..
    SAYA JUGA AKAN MENDOAKAN DR AGAR DR SENTIASA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRANT..

    IM PROUD OF U..
    MAY GOD BLESS U DR..
    N TAKE CARE..

    SAYA AKAN SENTISA INGAT KATA-KATA DR..”IF YOU CAN DREAM IT,YOU CAN DO IT”

    DAN YANG TERAKHIR
    “DREAM ARE POSSIBLE”

    THANKS JUGA,KERANA DR LA SAYA LEBIH MEMINATI BIDAN SAINS INI..

    ASSALAMUALAIKUM…..^_^

    DG NUR FARNAHA DATU MD NOOR
    SABAH^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 12, 2007 by in Semasa.
%d bloggers like this: