Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Membiasakan Yang Luar Biasa

pic8.jpg

Jika seseorang perokok sehari tidak merokok, itu bukan kebiasaannya.Itu boleh jadi luar biasa. Jika seseorang yang terbiasa bangun pagi jam 8 a.m,maka sekiranya dia bangun dan melakukan aktiviti jam 5 a.m ia boleh jadi luar biasa..
Dan banyak lagi kebiasaan manusia yang boleh jadi betul dan boleh jadi salah..
Namun, ia tidak mustahil bagi mereka yang ingin mengubah kebiasaan.Orang melayu selalu menyebut terma ’buang tabiat’, bagi orang yang membuat sesuatu di luar kebiasaannya.Namun bagaimana jika kebiasaan yang salah di lakukan?

KEBIASAAN = TABIAT ?

Adakah kebiasaan boleh di definisikan secara etimologi dengan tabiat atau ’habits’?Ia satu perkara yang subjektif yang saling berkaitan, dan ia bermula dengan mind-setting. Jika betul mind-set maka tabiatnya akan terarah dengan mind setting tersebut, iaitu kebaikan dan begitulah sebaliknya.Bagaimana perokok tegar boleh membetulkan kebiasaannya merokok jika tiada tekad yang kuat untuk meninggalkan rokok? Dan ia bermula dari dalam. Bagaimana pula jika anda berada di tengah-tengah kesesakan atau berdepan dengan kecuaian pemandu lain di jalan raya? Adakah kita membiasakan diri berdepan dengan situasi ini dengan minda tertekan dan perasaan marah? Jika ia di hadapi dengan minda positif dan tenang,ia jauh lebih bermakna.Dan pastinya ia bermula dari sumber instrinsik iaitu sumber rohaniyyah dalaman.

KEBIASAAN MENURUT AL-QURAN

Dalam kehidupan umat Islam, Islam telah menyusun jadual manusia dengan formula khusus dari Allah. Bahkan Al-Quran juga mengingatkan :

”…. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

Islam mempunyai manhaj yang jelas untuk mengawal perjalanan hidup manusia, bukan menyekat. Mesti dibezakan maksud terminologi “kawal” dan “sekat”.Islam membawa alternatif, jika diharamkan zina dihalalkan perkahwinan.Diharamkan arak tetapi dihalalkan air minuman yang lain. Kawalannya bersesuaian dengan kapasiti manusia seperti firman ALLAH :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” (2: 286)

AKHLAK VS MORAL

b0343.jpg

Satu ketika anak-anak muda sudah ‘senang’ berpelukan di khalayak ramai, tanpa rasa malu sehinggakan yang melihat pula merasa malu kerana rosaknya akhlak remaja islam kini.Ia dianggap satu kebiasaan. Rancangan realiti TV juga mula mempromosikan dan membiasakan amalan sosial yang bebas di kalangan lelaki dan wanita di dalam satu rumah (baca: AF). Pada awalnya mungkin ia mendapat tentangan dan teguran serta kritikan,namun ia kini dipandang remeh dan dilihat ‘biasa’ dalam pengamalan moral masyarakat kita. Jelas moral dan akhlak adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan, moral adalah sub-topic kepada akhlak, kerana moral dasarnya adalah dari mantaliti dan pandangan masyarakat.Manakala, akhlak adaptasi nilai kerohanian dari agama, punca moral seharusnya dari agama, tapi lain pula jadinya.Masyarakat lebih memandang nilai moral melebihi nilai akhlak, walhal boleh jadi nilai moral itu baik boleh jadi nilai moral itu buruk, kerana dasarnya ialah LOGIKA manusia dan NILAI INTUITIF insani yang tiada dasar yang jelas. Ia berbeza dengan nilai akhlak dalam Islam.

UBAHLAH KEBIASAAN SALAH

Bayang1579-cartoon-card-180648.jpgkan satu ketika anda sedang memandu kereta, tiba di traffic light lampu hijau bertukar kuning, lantas anda berhenti.Tiba-tiba anda dihon dari belakang,mungkin kerana tindakan anda berhenti ketika lampu kuning.Tindakan anda tadi adalah tindakan yang betul seperti dalam teori semasa anda belajar memandu.Tetapi ia seolah-olah menjadi kesalahan : berhenti dilampu kuning!.

Eh,bukankah warna kuning kita perlu bersedia berhenti,salahkah tindakan kita berhenti? Tapi jika diberi pilihan, bila lampu kuning, adakah anda semakin meningkatkan halaju untuk mengejar sebelum bertukar warna merah, berhenti ! Atau bersedia untuk memperlahankan kenderaan anda sebelum tibanya warna merah?

Hakikatnya,kebiasaan dan habit pemandu kini tak seperti teori yang dipelajarinya di kelas pemanduan. Lainlah jika ada polis yang memerhati disekeliling lampu isyarat,automatik akan mula perlahankan kenderaan bila lampu kuning. Kita lebih bimbangkan polis atau bimbangkan keselamatan kita sebagai pengguna jalanraya??Itulah kebiasaan yang kurang elok di amalkan

BIASAKAN YANG BETUL

Saya pernah mendengar nasihat yang berbunyi : ”Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa”. Ya,betul. Bagi kebiasaan yang salah perlu diperbetuli, dan amalan yang betul perlu dibiasakan. De Bono menyebut bahawa menyuruh seseorang mengubah tingkah laku memerlukan perubahan pada tingkah lakunya bukannya pada prinsipnya. Yakin pada diri untuk mengubah diri membiasakan diri dengan yang betul. Teori Pigmalion mengatakan apabila kita menyakini kemampuan seseorang itu untuk berubah maka ia akan memberi peratusan positif ke arah perubahan.Ia mengukuhkan teori pengharapan untuk menjadi pencapaian.Jadi, believe yourself! Intuitif individu perlu dihidupkan untuk membina perubahan diri.Intuitif berasal dari perkataan latin intueri yang bermaksud melihat ke dalam, yang bermakna muhasabah diri. Check it yourself!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 7, 2007 by in Motivasi.
%d bloggers like this: