Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Ulama’ & Plot Kemerdekaan

50ijad.jpg

ULAMA DAN KEMERDEKAAN

Institusi Ulama ialah salah satu institusi yang tidak boleh dilupakan dan dibuang dari sejarah, kerana merekalah golongan utama yang memerdekakan minda masyarakat melayu sebelum terjadinya kemerdekaan rasmi secara fizikalnya pada 30 Ogos 1957. Lihat sahaja sumbangan Hj Hassan munas (TOK Janggut ) dan Hj Abdul Rahman Limbong serta ulama’ muda seperti Syed Sheikh Al-Hadi, sheikh Tahir Jamaluddin, Abas Muhamad Taha di Tanah Melayu,Bahkan keterlibatan ulama dalam siri memerdekakan Negara dari penjajah dan pemikiran sekularisme mereka terus berlaku di seluruh dunia.

Antara lainnya di Indonesia, Imam Diponegoro yang memimpin umat Islam dalam Perang JAwa, Haji Miskin di Sumatera, manakala di Libya yang dijajah Itali telah dipimpin oleh Assyahid Syeikh Umar Mukhtar. Di Algeria,Negara ‘Sejuta Syuhada menyaksikan kelahiran ulama pejuang kemerdekaan contohnya Sheikh Abdul Kader Al-Jazair. Manakala di Nigeria, yang pernah tertegaknya Khalifah Sokoto membariskan Sheikh Uthman Den Fodio, di Mesir melahirkan Jamaluddin Al-Afghani,Syeikh Muhamad Abduh, Imam Hasan Al-Banna dan ramai lagi tokoh ulama.

Saya mencadangkan pembaca sekalian, dapatkan buku Ulama dalam Sorotan kemerdekaan tulisan Ust Riduan Mohd Nor dan Ust Mohd Fadli Ghani untuk mendapatkan informasi terperinci tentang sejarah Negara dan ulama dalam memerdekakan Negara terutamanya diTanah Melayu.Sungguh, kelahiran jiwa merdeka dalam diri ulama jauh lebih tinggi kerana bagi mereka tiada sesuatu pun yang layak mengawal dan mengarah mereka kecuali Tuhan RabbulJalal iaitu Allah SWT. Dapatkan buku anda sekarang! Ia mengupas tentang sejarah di Tanah melayu, gerakan Kristianisasi dan strategi penjajahan minda-fizikal, sejarah politik dan wacana kemerdekaan di Tanah Melayu dan banyak lagi kisah menarik sejarah yang tidak boleh dilepaskan peluang. Jom mengkaji dan memahami sejarah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 31, 2007 by in Ummah.
%d bloggers like this: