Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Hari ini 21 Ogos

palestine.jpg

21 Ogos 1969 mencatatkan peristiwa tragis dalam sejarah Baitul Maqdis apabila Masjid Al-Aqsa tempat persinggahan NABI SAW semasa isra’ mikraj di nodai oleh pihak zionis. Masjid Al-Aqsa dibakar oleh pelampau Yahudi dan menyebabkan beberapa kerosakan berlaku pada kiblat kedua umat Islam selepas Baitullah Kaabah.

Pada 21 Ogos setiap tahun, tarikh ini di ingati oleh pencinta kedamaian dan pejuang Islam betapa ianya jelas mengugat maruah kita sebagai umat Islam. Tarikh ini disebut sebagai Hari Memperingati Al-Quds atau “Remembrance Of Al-Quds” atau ringkasnya ROQ.

Hari Al-Quds sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila.Pada 21 Ogos 1969,Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyhat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

28050106040594l.jpg

Disebalik kita meniti hari menyambut hari kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos ini, jangan dilupakan tarikh bersejarah tersebut. Saat kita meniti merdeka, saudara kita di Palestine terus dihentam dan diratah dengan kekejaman Yahudi Zionis. Sebagai umat Islam, sekurang-kurangnya sedekahkan Al-Fatihah dan Qunut Nazilah kepada saudara kita disana sebagai internal strength dari kita disini..

Antara nilai momentum yang harus timbul untuk menghayati ROQ ialah :

1) Mengukuhkan peri pentingnya masalah Palestin,Al-Quds, dan Al-Aqsa serta menghidupkannya dalam jiwa kaum muslimin.

2) Melawan setiap serangan musuh terhadap Palestin dan usaha-usaha untuk merubah hakikat permasalahannya.
3) Menyingkap peranan barat dan Zionis internasional dalam merampas tanah Palestin dan mendirikan Negara Israel di jantung dunia Islam, melindungi dan membelanya.
4) Membantu rakyat Palestin yang sedang berjihad baik moral ataupun material.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 21, 2007 by in Ummah.
%d bloggers like this: