Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Bruce & Evan AlMighty : Jarum Halus Freemason

 

evan-almighty-pic.jpg

Evan Almighty, Bruce Almighty dua filem yang menimbulkan kontroversi yang meneruskan cubaan untuk menghina Islam.

Jika tahun 2003,Bruce Almighty arahan Tom Shadyac memaparkan kisah kawalan Tuhan pada manusia membariskan Morgan Freeman (sebagai God) dan Jim Carey sebagai tonggak utama filem.

2007, Tom Shadyac sekali lagi mengeluarkan setara Bruce Almighty,diterbitkan filem Evan Almighty dengan alasan ‘this video is not for Muslims viewers’ iaitu video ini tidak sesuai untuk penonton beragama Islam.Kali ini Morgan Freeman meneruskan kontraknya sebagai ‘Tuhan’ dalam filem ini, kali ini ‘firman’nya adalah kepada pelakon Steve Carell (memegang watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda New York.

Pastinya kehadiran filem sequel berbentuk komedi ini mempunyai agenda ‘between the line’ di strategikan oleh strategis musuh Islam. Namun, apa yang dihairankan kedua-dua filem ini diluluskan untuk tontonan umum rakyat Malaysia oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) ,seolah-olah sensitiviti umat Islam tidak di endahkan. Jangan kerana mengagungkan kretiviti dan kualiti filem secara teknologi, implikasi negatif tidak diambil kira. Bimbang ianya membawa kecelaruan minda terutamanya kepada anak-anak di dalam masyarakat kita nanti.

ADA APA DENGAN MEDIA?

Ada apa dengan media? Ada apa dengan filem?

Isu utama dunia baru yang harus diteliti ialah dominasi informasi dan kebudayaan oleh negara-negara Barat. Pengkaji komunikasi menyatakan dua teori berkenaan dominasi ini iaitu imperialisme media dan imperialisme budaya. Teori pertama (imperialisme media) bertindak menyalurkan produk media dari Barat ke negara dunia ke 3 melalui perkasasan media seperti program televisyen dan lain-lain.

Manakala teori ke 2 merujuk kepada kebergantungan (dependency theory) kepada bahan media Barat hasil dari “Western Style Market-Oriented Economic Model”. Mereka mendominasi dan mempromosi budaya mereka melalui program dan siaran media contohnya Malaysian Idol adalah adaptasi dari American Idol,

Lihat sahaja peratusan tenaga penggerak industri hiburan Barat, rata-ratanya ialah dari penganut Yahudi tegar. Apabila filem ‘Combat’ di keluarkan pada tahun 70 an, memaparkan kebodohan dan kekalahan tentera Jerman ia membawa mesej mendalam yang melambangkan kebencian Yahudi atas peristiwa penyembelihan Yahudi pasca tentera Hitler.Namun,sejak dekad 80 an,sasaran watak antagonis telah diarahkan kepada orang Islam dalam industri filem Hollywood mahupun Bollywood.

GUBRA DAN PLURALISME

pic1.jpg

Luis Patau,mubaligh Kristian yang aktif menggunakan mass media sebagai bahan indoktrinisasi menyatakan dalam kerangka kerjanya menyebarkan mesej Gospel berkata :

One of my dream is to see Christian principles saturating secular radio and television programs-biblical principles of family living, personal living, handling money, facing crises, settling personal disputes. Little House of the praire, through it’s old-fashioned,introduced biblical principles to millions
(Zulkifli Abdul Ghani:2001)

Pengeluaran filem ala Evan Mighty versi Malaysia seperti Gubra, Mukhsin dan lain-lain dilihat sebagai salah satu usaha pihak Liberal dan pihak Pluralisme agama membawa mesej mereka. Konsep pluralisme John Hick Tado diserapkan dalam filem Malaysia kini (baca: Gubra) contohnya jarum agenda inter-faith yang menonjolkan munajat bekas pelacur berteleku, di samping watak lain digereja, dan pasangan cina ditokong. Agenda ini seolah-olah membawa mesej halus bahawa semua agama menawarkan kebenaran,keselamatan dan kesejahteraan.

EVAN ALMIGHTY VS BRUCE ALMIGHTY

 

Filem arahan Tom Shadyac pada 2003, Bruce Almighty sudah cukup membawa mesej yang jelas dalam mengaburkan pegangan umat Islam dalam hal qadha’ dan qadar. Kali ini, dengan genre yang sama beliau mengeluarkan satu lagi filem yang kurang agenda provakatif pada Islam,iaitu Evan Almighty. Bruce Almighty memaparkan kisah pengawalan Tuhan kepada manusia, dan yang jelas menghina konsep keimanan dalam Islam ialah memaparkan watak Tuhan yang digambarkan melalui lakonan Morgan Freeman.

se.jpg

Bahkan, Evan Almighty juga membariskan watak yang sama malahan menggunakan sejarah banjir besar yang menenggelamkan dunia pada zaman Nabi Nuh sebagai dasar penceritaan dalam filem ini.Yang berbezanya hanyalah lokasi, modelnya dan masanya. Sebagai umat Islam, kita perlu jelas pengeluaran filem sebegini dipergunakan sebagai senjata ghazwatul fikr, jarum-jarum Yahudi. Penggunaan media sebagai senjata mereka meng- implementasikan perancangan mereka melalui ’teori jarum suntikan’ (hypodermic needle theory) iaitu kesan media yang merubah perlakuan manusia apabila didedahkan dengan mesej dari media.Jadi, waspadalah umat Islam!

RUJUKAN


1 Siri Serangan Pemikiran : Islam Liberal Dan Pluralisme Agama, Ridhuan Mohd Nor
2 Web Harakah daily : http://www.harakahdaily.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 11, 2007 by in Semasa.
%d bloggers like this: