Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Nuri Oh Nuri,39 Tahun?

lamaparts.jpg

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) – Kekerapan pesawat TUDM termasuk Helikopter Nuri terhempas hampir setiap tahun sehingga mengakibatkan juruterbangnya terkorban dilihat sebagai suatu kegagalan Kementerian Pertahanan khususnya Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani masalah tersebut.
Sebelum ini dilaporkan sebuah helikopter Nuri yang hilang sejak Jumaat lalu, telah ditemui terhempas di hutan tebal Gunung Bunga Buah tidak jauh dari terowong Genting Sempah.

Maklumat tentang NURI :

a) Helikopter Nuri telah digunakan oleh Kementerian Pertahanan sejak tahun 1968, lebih kurang 39 tahun.
b) Digelar ‘Keranda Terbang’ oleh sesetengah masyarakat.

c) Nuri (Sikorsky S61) mula digunakan sejak 1968, ketika negara membeli sebanyak 31 buah pesawat dari AS. Bermula 25 April 1969 sehinggalah 29 Mei 2004, sebanyak 17 insiden nahas telah berlaku. Ia menjadi 18 jika dicampur kejadian terbaru.
d) Jumlah korban yang melibatkan anggota tentera, pasukan polis hutan dan orang awam adalah 82 orang termasuk pegawai tinggi ATM Allahyarham Maj. Jen. Datuk Mustaffa Awang Pegawai Pemerintah Markaz Divisyen Kedua dan Allahyarham Brig.Jen. Datuk Hasbullah Yusof Pemerintah Briged Ketiga Infantri.
e) Dalam nahas terbaru, wira muda kita menjadi mangsa. Usia juruterbangnya, kapten dan pembantu juruterbang baru 27 dan 24 tahun, berbanding usia Nuri yang menjangkau empat dekad.Usia pesawat hampir dua kali lebih tua berbanding juruterbangnya!!
f) TUDM boleh diberi helicopter canggih dan moden seperti Sikorsky S-70 dan AS -61N untuk pengangkutan Perdana Menteri dan VIP, tetapi tidak helicopter canggih untuk keperluan pengangkutan dan lojistik Angkatan Tentera Malaysia

TPM kita menyatakan sebab terhempasnya NURI atas dua punca iaitu faktor cuaca dan faktor kecuaian dalam statement pertama setelah terhempasnya NURI. Selama 39 tahun digunakan, mustahil para juruterbang terlatih TUDM sentiasa cuai dalam mengendalikan pesawat ini. Salahkan jika dikatakan bahawa pesawat ini sudah ‘out of date’ dan tidak sesuai digunakan lagi? Atau ada apa2 agenda lain? Apakah TPM kita ini tiada rasa empati atau simpati dengan meletakkan objek salah ialah pemandu yang sudah terkorban? Agaknya teori “Put ourself on their shoes” belum betul-betul dipraktikkan.. Entahlah…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on July 18, 2007 by in Semasa.
%d bloggers like this: