Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Pesanan Al-Banna

normal_nota2.jpg

“Bacalah al-Quran,tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis-majlis ilmu,dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah (Hasan al-Banna)”


Fokus penekanan dalam wasiat Hassan al-Banna berkenaan dengan Al-Quran, bacaan, zikrullah dan pengisian masa dengan program yang mendatangkan manfaat dan menolak kemafsadan atau disebut sebagai perkara yang bermaslahat.

Al-Quran sebagai rakan karib

Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah pada 17Ramadhan di gua Hira’ ketika rasulullah beruzlah dari kepompong kejahilan masyarakat Arab jahiliyyah. Proses penurunan al-Quran berlaku melalui penyimpanan kalamullah di Luh Mahfuz, diturunkan baitul ‘Izzah, seterusnya ke BaitulHaram dan akhirnya diturunkan secara tadarruj (berperingkat) kepada Rasulullah SAW. Al-Quran merupakan sumber rujukan yang paling utama sebagaimana disebut oleh Rasulullah :

” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Assunnah”

Al-Quran mengandungi manhaj lengkap dalam kehidupan manusia dan bersesuaian dengan zaman meliputi unsurfront_cover_preview.jpegbayyinah (penerangan) dalam Al-Quran iaitu taghrib (nikmat dan ganjaran), tarhib(ancaman), tamsil (penceritaan sejarah) dan masail (permasalahan). Imam Al-Banna telah mendoktrin Ikhwanul Muslimin melalui prinsip Ikhwan antaranya ” Al-quran dusturuna” iaitu Al- Quran adalah perlembagaan kami.Al-Quran menjadi asas kepada pergerakan harakah Islamiyyah dari dahulu hingga kini, setiap perancangan tanzim hendaklah didasarkan dan dipandu oleh dasar Al-Quran. Melalui itulah, penggunaan elemen dan sumber lain dalam usul fiqh seperti istihsan, masalih mursalah dan al-uruf yang lebih bersifat semasa dipertimbangkan untuk kemaslahatan umat.Amalan bacaan dan pengkajian kandungan Al-Quran hendaklah dijadikan amalan umat Islam, seperti yang digunapakai dan diamalikan oleh golongan terdahulu seperti golongan qaedah sulbah Rasulullah saw.

“Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya” ( Hassan Al-Banna)

Kelebihan dan mukjizat Al-Quran :

  • Gaya bahasa dan susunan kata yang tiada bandingannya
  • Realistik dan bersesuaian sepanjang zaman
  • Mukjizat teragung kepada Rasulullah saw
  • Konklusi kepada keseluruhan kitabullah terdahulu iaitu Zabur, taurat dan Injil
  • Sumber keilmuan utama umat Islam, sumber qat’ie ulama’ dalam berhujah dan berijtihad.
  • Dan lain-lain lagi kelebihan yang tidak disebut penulis.

Keilmuan budaya pendakwah

Menurut Dr Karim Zaidan didalam bukunya Usul Addakwah menekankan unsur ilmu sebagai elemen khususi yang diperlukan oleh Pendakwah lantaran elemen dakwah terdiri dari tiga perkara iaitu : daei (pendakwah) , Mad’u ( golongan sasaran/ market), dan Maudhu’ ( tajuk/ ilmu yang ingin disampaikan). Imam al-Banna menyeru supaya pemuda pemudi Islam mengisi masa dengan pembudayaan ilmu dengan penyertaan yang aktif melalui majlis keilmuan samada ceramah, seminar, musyafahah watalaqqi , pembacaan dan pengkajian. Hayatilah firman Allah dalam Al-mujadalah (ayat 11).

Pengkajian dan penghayatan ilmu serta zikrullah mampu untuk membuka mata hati. Ianya akan membawa manusia kepada keyakinan yang tinggi kepada Allah serta mampu sanggup melaksanakan rubu’ Islam: Ibadah, Jinayat, Munakahat dan Muamalat. Keyakinan itu ialah menurut Ibnu Taimiyyah ;

  • Ilmu yakin : Sesuatu yang didapati melalui pendengaran, pengkhabaran, perbandingan dan pemerhatian.
  • Ainul yakin : Sesuatu yang diperolehi melalui apa yang disaksi dan dilihat dengan mata kepala sendiri
  • Hakkul Yakin: Sesuatu yang diperolehi bilamana ia sendiri yang terlibat,merasai dan mengetahuinya melalui pengajaran yang diambil.

    banna1.jpg

Zikrullah Mainan Lisan

Secara umumnya zikir berasal dari al-zikr yang membawa maksud mengingati. Dalam Istilah syara’ menyebut zikir adalah satu amalan/perbuatan melalui elemen qalbi (hati), qawli (kata-kata) dan fi’li (amal perbuatan) yang menjurus kepada mengingati Allah dan menyedarikeberadaan Allah memerhati dan melihatnya. Maklum diketahui bahawa penglihatan Allah mempunyai sifat melihat dengan tiada mata yang meliputi alam ‘ulwi dan alam sulfi. Sewajibnya setiap gerak langkah dan amalan seharian kita bertunjangkan pemfokusan kepada Allah,itulah disebut ibadah,yang meliputi keseluruhan hidup manusia melalui ibadah umum (sifat dan amalan manusiawi) dan ibadah khusus ( amalan melambangkan taabud kepada Allah).

“Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Disini ada ketenteraman,disini ada kedamaian, Jadilah hamba yang sejahtera” ( Hassan Al-Banna)

Penutup

Secara umumnya, flow penyampaian mesej didalam wasiat ini jelas menunjukkan kepentingan nilai keilmuan. Imam Hasan menyeru supaya membaca Al-Quran yang menjadi sumber fakta ilmiah dan tunjang keilmuan, lantaran itu Imam hasan menyeru supaya memahami kandungan Al-Quran melalui pembacaan buku-buku dan menghadiri majlis ilmu. Kerana natijahnya bila al-Quran dapat difahami dan diperkuatkan dengan hujah-hujah ghaibiyyat dan saintifik menjadikan seseorang itu mampu mendekatkan diri kepada Khaliqnya, inilah zikrullah.
Ahmad Asyraf Shari

One comment on “Pesanan Al-Banna

  1. QuantumBidadari
    July 6, 2008

    “Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Disini ada ketenteraman,disini ada kedamaian, Jadilah hamba yang sejahtera” ( Hassan Al-Banna)

    Zikrullah Mainan Lisan… bagaimana pula perbuatan zikir Nabi saw, ya?

    Boleh akh share dengan kami semua? Jzk

    ~nur2dlihat a.k.a quantumbidadari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on July 4, 2007 by in Motivasi.

Navigation

%d bloggers like this: