Mencari Permata Cordova

Nilai intellegensia yang perlu dikembalikan..

Enam Kasut Bertindak De Bono

pic2.jpg

Otak dijadikan oleh Pencipta dengan kuasanya yang tersendiri yang mampu untuk mengalahkan segala teknologi dimuka bumi ini. Ini kerana teknologi juga dicipta oleh otak manusia. Secara umumnya otak mempunyai dua fungsi iaitu BERFIKIR dan BERTINDAK. Jika sebelum ini ,saya telah berbicara berkenaan teori FIKIR iaitu 6 topi berfikir , tetapi kali ini saya ingin melanjutkannya kepada rutin TINDAKAN iaitu 6 kasut bertindak De Bono.Teori kasut bertindak ini diperkenalkan oleh Dr Edward De Bono pada tahun 1991. Apa itu kasut bertindak? Jom kita belajar !


PERTAMA KASUT BIRU : Kasut ini ialah lambang cara berfikir yang digunakan untuk membuat kerja-kerja rutin. Banyak kerja kita laksanakan dengan mematuhi suatu senarai rutin. Dengan mematuhi rutin kita akan mengelakkan sebarang kesilapan yang merbahaya. Rutin dicipta oleh orang-orang yang pakar supaya orang-orang yang bukan pakar boleh melakukan kerja itu dengan cara yang selamat.

KEDUA KASUT KUNING : Kasut ini ialah lambang tindakan dalam keadaan yang cemas dan berbahaya. Kuning ialah lambang amaran. Pegawai-pegawai polis, bomba dan doktor adalah orang-orang yang sentiasa berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas. Kita juga mesti mengenal pasti perkara-perkara yang boleh memburukkan keadaan.

KETIGA KASUT KELABU : Kasut ini ialah lambang kekaburan. Banyak tindakan tidak dapat kita buat kerana keadaan masih kabur. Tindakan yang mesti dilakukan untuk menghilangkan kekaburan ialah bertindak mencari maklumat dahulu. Maklumat itu kemudian kita gunakan bagi menghadapi keadaan tersebut.

KEEMPAT KASUT PERANG : Kasut ini ialah lambang tindakan yang pragmatik. Tindakan-tindakan pragmatik ialah gabungan antara nilai-nilai yang baik, prinsip-prinsip yang baik dan pemikiran yang baik. Kita akan lihat keadaan yang ada dan fikirkan sendiri apa yang paling baik untuk kita lakukan. Kita buat apa yang boleh dibuat.

KELIMA KASUT MERAH JAMBU : Kasut ini ialah lambang kasih sayang, belas kasihan dan kelembutan. Kita gunakan dalam keadaan-keadaan yang melibatkan perasaan kemanusiaan. Para doctor , peguam, guru, pegawai kebajikan dan banyak lagi pro-profesional yang bekerja dengan perasaan kemanusiaan.

KEENAM KASUT UNGGU : Kasut ini melambangkan kuasa rasmi. Apabila kita membuat sesuatu tindakan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab rasmi. Kita mempunyai peranan rasmi. Para doctor, guru, peguam, pegawai polis mempunyai peranan rasmi. Mereka mempunyai kuasa dan mereka melakukan tindakan berdasarkan peranan rasmi mereka apabila perlu.

Moga beroleh manafaat! Teori ini amat elok dipraktikkan dalam pengurusan organisasi. Rujukan dari buku “ Belajar berfikir”,karangan Ainon Mohd&Abdullah Hasan.

About these ads

One comment on “Enam Kasut Bertindak De Bono

  1. veronica adam
    October 30, 2009

    hai…say thanx so mny thanx….kpd bapa teori pemikiran kreatif atas sumbangan beliau…ia amat b’guna utk kta smua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 18, 2007 by in Motivasi.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: