Feeds:
Posts
Comments

KEHILANGAN BLOG

Buat seketika hampir sebulan saya tidak dapat memasuki login ulumcordova.putrabytes dan tidak berjaya masuk ke web page saya itu. Buntu di buatnya. Domain yang saya perolehi dengan percuma hasil perkongsian dari sahabat saya, kini menimbulkan masalah. Pertama kali berlaku perkara ini, saya sudah resah gelisah memikirkan kebanyakan isi-isi dalam setiap entry tidak di kemaskini dan di backup dengan baik didalam laptop saya. Allahuakbar!

Buat seketika saya kehilangan punca kerana ditarik sebentar wasilah dakwah bil qalam saya melalui blog ini. Ramai juga bertanyakan kenapa blog saya tidak dapat di akses, dan hanya keluar iklan dari wordpress server. Kemungkinan untuk kegagalan pembayaran menurut rakan pemilik domain tidak timbul kerana tiada notifikasi tentang penutupan semua blog di bawah domain tersebut. Entahlah. Apapun, saya berharapnya ianya bersifat sementara walaupun sudah hampir sebulan tidak dapat login :) .

InsyaALLAH sepanjang tempoh itu, saya akan update tulisan isu semasa, dakwah tarbiyyah dan perkongsian, melalui blog lama yang sebelum ini ditinggalkan kerana berpindah rumah. Doakan saya ya, supaya terus komited menulis tanpa terkesan dengan perkara teknikal sebegini, ameen.

Salam hormat,

Asyraf Shari

Saya berpindah lagi.

Salam ramadhan, para pengunjung. Saya mungkin mengambil langkah untuk berpindah ke domain yang baru – ke ‘rumah’ baru yang servernya dimiliki sendiri oleh saya dan rakan-rakan. Mungkin transaksi yang lebih baik dari semalam. Walaupun masih dalam proses pembikinan, saya menjemput juga rakan-rakan untuk melawat di kesempatan yang ada di alamat baru saya :

www.ulumcordova.putrabytes.com

Ingin tahu mengapa saya berpindah? Bacalah..

Bila Jari Mula Menaip

Wallahua’alam.

Optimisnya mereka itu..

Ramadhan banyak menyusun kisah dan peristiwa yang bermakna.. Antaranya Nuzul Quran pada 17 Ramadhan, dan juga BADAR al-kubra.

Medan Badar menyaksikan nilai optimistik yang tinggi umat Islam ketika itu. Dengan hanya berbekalkan iman dan keyakinan kepada Tuhan yang mereka tidak dapat lihat, mereka berjaya mengempurkan lebih 1000 tentera musyrik dengan hanya kapasiti 313 , nisbah 3:10. Nilai yang agak mustahil kecuali dengan strategi Perang yang hebat, persis Tsun Zhu ! Namun, dengan hanya berbekalkan pelepah tamar, dan senjata buatan sendiri yang fizikal amat lemah di bandingkan dengan teknologi semasa Musykirin, mereka tetap melangkah dengan sebuah kekuatan, iaitu KEYAKINAN..

Keyakinan yang dasarnya terpateri dalam hati, mengharap satu pertemuan di penghujung alam yang mereka sendiri tidak pernah nampak, namun mereka YAKIN. Yakin mereka menembus benteng pertahanan musuh, memotivasi mengukuh tenaga, membuka nilai paradigma optimis yang tinggi. Hanya kerana sebuah pertemuan dengan Tuhan, yang mereka yakini. Itulah iman, itulah aqidah! Memenuhi jiwa insan yang kosong, mengatur perjalanan ke alam yang penuh metafizik. Aqidah dan iman, menghalakan amal manusia ke arah Tuannya yang satu, Penguasa yang satu, dan Pencinta yang satu. Tahniah para pejuang BADAR al-kubra, sejarahmu mengamit sebuah motivasi pada satu keyakinan yang pasti..

Bandaraya Melaka Bersejarah,

8 Ramadhan 1429 H

Continue Reading »

Ramadhan Kembali..

Ramadhan kembali lagi, kali ini untuk kali ke 1429 H. Anda dan saya bagaimana? Bersedia?

Continue Reading »

Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh.

Hasan Al-Banna, Rashid Redha.

Tok janggut, Abdul Rahman Limbong.

Jose Rizal, dll

Jika di Malaysia 31 Julai dijadikan Hari Pahlawan. Hari memperingati para pejuang kemerdekaan negara, yang menghabiskan keringat dalam memperoleh sebuah ‘kemerdekaan’. Mungkin agak lewat saya bincangkan peristiwa ini, namun ia tetap perlu dibicarakan sebagai ibrah (pengajaran) buat pejuang kini. Pejuang yang mengisi kemerdekaan.

Nama yang saya bariskan di atas adalah tokoh kemerdekaan jiwa yang terkenal. Selain idola utama nabi Muhammad SAW sebagai insan berpengaruh dalam mengubah jiwa manusia ke arah kemerdekaan kepada manusia ( Micheal H.Hart : The Most Infuented Person in history), tokoh di atas cukup mengesankan sejarah.

Continue Reading »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.